Rakyat Bukan Sahaja Beri Mandat Tapi Berpeluang Gubal Dasar - TPM

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 7:22 PM

Muhyiddin sebelum mempengerusikan mesyuarat MPPK di PWTC, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata  proses demokrasi yang sebenar ialah rakyat bukan sekadar memberikan mandat kepada kerajaan untuk memerintah tetapi turut berpeluang menggubal dasar-dasar kerajaan.

Timbalan perdana menteri berkata rakyat termasuk para mahasiswa berpeluang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penggubalan dasar-dasar itu.

"Kita seharusnya bersyukur dan berbangga kerana ruang demokrasi ini wujud di negara kita dan mahasiswa adalah antara golongan yang berpeluang memanfaatkan ruang ini," katanya ketika berucap sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2015 di sini, Isnin.

Hadir sama Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh serta beberapa menteri kabinet antaranya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kerajaan bukan sahaja sentiasa mengambil sikap terbuka dalam mendengar suara mahasiswa, malah memandang serius setiap pendapat yang dikemukakan.

Menurutnya mesyuarat MPPK ke-25 hari ini yang memasuki tahun ke-17 pelaksanaan adalah antara platform terbaik untuk pemimpin mahasiswa menyuarakan pandangan dan cadangan konstruktif kepada kerajaan.

Muhyiddin berkata segala pandangan yang dikemukakan akan dipertimbangkan sebaik mungkin oleh pihak kerajaan dan dijadikan input berguna dalam penggubalan dasar dan pengenalan sebarang inisiatif baharu.

Dalam pada itu beliau turut memberi maklum balas terhadap beberapa cadangan dikemukakan pada mesyuarat MPPK yang lalu antaranya cadangan membangunkan sistem Malaysian Youth Apps (MY Youth APPS) bagi membantu proses pengumpulan maklumat berteraskan pendidikan, keusahawanan, sukan, peluang pekerjaan dan isu semasa.

"Namun ia harus diperhalusi sewajarnya bagi memastikan kewujudan sistem MY Youth APPS itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya kelak," kata Muhyiddin.

Katanya kerajaan juga akan meneruskan usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa antaranya menerusi pengenalan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.

Sehingga 12 Mei lepas, ia mendapat penyertaan 436 syarikat dengan 2,981 outlet antaranya daripada sektor buku dan alat tulis, pakaian dan kelengkapan sukan, klinik kesihatan dan optometri, kata beliau.

Mengenai cadangan penubuhan universiti sukan, Muhyiddin berkata ia tiada dalam perancangan kementerian dalam tempoh terdekat memandangkan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan telah menawarkan kursus-kursus berkaitan sukan.

Bagaimanapun, beliau berkata tumpuan akan diberikan untuk memantapkan lagi kursus-kursus berkenaan.

Pada mesyuarat berkenaan, antara kertas kerja yang dibentangkan ialah  'Pengangguran Dalam Kalangan Belia', 'Gerhana Aksesibiliti Orang Kelainan Upaya (OKU): Transformasi Pendidikan Tinggi OKU di Malaysia' dan 'Kesihatan Aset Kehidupan'. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , MPPK

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan