Saya Juga Boleh Pimpin Negara 22 Tahun - PM - Berita Semasa | mStar

Saya Juga Boleh Pimpin Negara 22 Tahun - PM

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 8:53 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Veteran Umno Malaysia Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sambil menegaskan beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.

"Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus... lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.

"Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun...kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas... dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?," katanya pada majlis sepetang bersama veteran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Najib berkata, beliau enggan mendedahkan beberapa kepincangan semasa di era pemerintahan Dr Mahathir kerana ia akan menjejaskan parti.

"Ingat masa Tun M tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita," katanya.

Sebaliknya, Najib berkata beliau mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti itu boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama.

"Kita nak jaga parti... parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan Umno,  sayangkan Umno. Kalau kita ada masalah kita betulkan,  kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan termasuk 1MDB," katanya.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan