Raja Perlis Minta Pelawat Bawa Pulang Harumanis

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 12:46 PM

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid berkenan memotong kek pada Majlis Santapan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-72 di Istana Arau Ahad malam. Berangkat sama Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri).

(Ubah saiz teks)

ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah meminta pengunjung yang melawat negeri ini agar membeli buah mempelam harumanis, antara produk ikon Perlis, sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

"Balik nanti, belilah mempelam harumanis. Banyak dijual di tepi-tepi jalan.

Orang kampung yang menjualnya akan merasa sangat dihargai," titah baginda pada majlis santapan negeri bersempena sambutan Keputeraan baginda ke-72, di Dewan Bankuasi Istana Arau di sini, malam Ahad.

Pada majlis berkenaan Tuanku Syed Sirajuddin turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada tetamu baginda yang datang dari jauh termasuk dari luar negara untuk meraikan sambutan keputeraan baginda.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta kerabat diraja Perlis.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, anggota Exco negeri dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Raja Perlis , harumanis

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan