Samseng Di Sebalik Khidmat Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 10:25 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan telah dipaksa untuk membayar wang perlindungan kepada pengawal keselamatan mereka.

Kebanyakan pengawal keselamatan ini sebenarnya tidak lebih daripada samseng yang berlindung di sebalik tugas menawarkan khidmat mengawal keselamatan atau mereka yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng tertentu.

Mahu atau tidak, penduduk perlu membayar sejumlah wang untuk melindungi diri mereka sendiri daripada diganggu oleh anggota kumpulan samseng yang mempunyai kaitan dengan pengawal keselamatan yang diupah.

Perkara ini turut diakui oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yang berkata kebanyakan anggotanya syarikatnya disokong oleh kumpulan-kumpulan samseng.

Beberapa persatuan penduduk (RA) di Lembah Klang telah terperangkap dengan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan samseng atau bekas banduan yang berkhidmat sebagai pengawal.

Beberapa RA yang memegang jawatan mendakwa mereka dipaksa untuk terus mengupah syarikat-syarikat ini selepas menerima ugutan bahawa samseng yang akan mencetuskan masalah jika perkhidmatan mereka ditamatkan.

Terdapat juga beberapa kes pergaduhan melibatkan kumpulan saingan yang bersaing untuk mendapatkan 'perniagaan' dalam bidang kawaalan keselamatan di kawasan perumahan.

Kes terbaharu melibatkan 'perang' di kalangan samseng di Bandar Bukit Raja, Klang menyebabkan seorang pengawal keselamatan mati dan enam yang lain cedera.

Seorang wakil RA, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata banyak persatuan tertarik dengan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng disebabkan kadar yang rendah.

"Mereka mengenakan bayaran kira-kira RM4 atau RM5 sejam. Tetapi kemudian mereka mendapati pengawal-pengawal yang ditugaskan tidak terlatih. Ada yang datang bekerja dalam keadaan mabuk," katanya.

Seorang lagi anggota jawatankuasa RA mendakwa bahawa pergaduhan yang dicetuskan kumpulan ini telah menyebabkan pagar di pos pengawal keselamatannya rosak.

Seorang pengerusi RA berkata ketika kawasan kejiranannya dikawal oleh sebuah syarikat kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng, rumah-rumah mereka yang tidak membayar wang kepada mereka kerap dipecah masuk.

Veteran indusri keselamatan, yang mengendalikan beberapa kontrak RA di Lembah Klang, berkata pelanggannya mendapati sukar untuk menghapuskan pengawal yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng terbabit.

"Seorang RA meminta saya untuk mengambil alih syarikat kawalan keselamatan dari geng tersebut tetapi saya enggan. Tidak ada yang berani mengambil alih syarikat yang asalnya mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut, ia adalah sesuatu yang kita tidak mahu libatkan diri," katanya.

Beliau berkata kawasan kejiranan yang dikawal kumpulan ini telah meningkat di Klang, Rawang dan beberapa kawasan di Subang Jaya dan Lembah Subang, dengan bayaran kira-kira RM2,000 daripada setiap kawasan perumahan.

"Jika mereka menguasai banyak kawasan, keuntungannya adalah besar. Itulah sebabnya geng ini memperluaskan wilayah mereka dan akhirnya bergaduh dengan pesaing untuk membuat kawalan, " katanya.

Beliau berkata tidak ada cara tertentu untuk RA untuk memeriksa jika syarikat yang mendapat sokongan 'dalaman' atau tidak, kerana kebanyakannya beroperasi di bawah lesen syarikat keselamatan yang lebih besar.

Tags / Kata Kunci: kawalan keselamatan , samseng , PPKKM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan