Pembangkang Gagal Bahas Isu 1MDB

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 3:01 PM

Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cubaan pembangkang untuk membahaskan isu berhubung pengurusan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal apabila Dewan Rakyat menolak soalan dan usul membabitkan kontroversi syarikat berkenaan.

Membangkitkan mengenai isu yang sama iaitu berhubung tanah di Tun Razak Exchange (TRX), dua wakil rakyat pembangkang iaitu Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) menuntut penjelasan kerajaan khususnya mengenai transaksi penjualan dan pembeliannya.

Terdahulu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dikemukakan Mahfuz bagi menangguhkan persidangan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Menerusi notis usul bertarikh 15 Mei lalu, Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, Dewan Rakyat perlu membincangkan mengenai transaksi pembelian tanah dengan harga hampir 50 kali ganda daripada harga asal di TRX oleh Tabung Haji daripada 1MDB.

Bagaimanapun, menurut Pandikar Amin, usul berkenaan gagal memenuhi syarat iaitu tidak perlu disegerakan kerana semua wakil rakyat boleh membangkitkan isu berkenaan ketika sesi perbahasan selepas pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) pada Khamis ini.

Sementara itu, Pandikar Amin turut menolak soalan lisan Rafizi yang meminta Menteri Kewangan menyatakan mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tanah kerajaan seluas 70 ekar di TRX dijual kepada 1MDB pada harga RM320 juta iaitu RM64 setiap kaki persegi sedangkan nilai sebenar adalah RM7,000 setiap kaki persegi.

Namun soalan itu ditolak Pandikar Amin menerusi surat kepada Rafizi bertarikh 15 Mei berdasarkan Peraturan Mesyuarat 23(1)(H) iaitu sesuatu pertanyataan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat pandangan atau memperoleh penyelesaian berkenaan dengan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan