Pecat Ketua Kampung, Pengerusi JKKK Gagal Lapor Kehadiran Pati - Aktivis

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dicadang menamatkan perkhidmatan atau mengganti ketua kampung atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terutama di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang gagal melaporkan kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di kawasan mereka.

Aktivis hak asasi manusia Sabah, Datuk Patrick Sindu berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan pemimpin akar umbi yang tidak amanah menjalankan tugas menyebabkan kampung mereka dihuni  Pati.

"Jika benar dakwaan ada segelintir ketua kampung dan pengerusi JKKK bersekongkol atau melindungi Pati, ini sesuatu yang serius dan tindakan segera perlu diambil termasuk menamatkan perkhidmatan mereka.

"Soal keselamatan tidak boleh dipandang remeh kerana kita tidak tahu latar belakang dan apa tujuan mereka (Pati) memasuki sesuatu kawasan atau perkampungan, mungkin mereka ini anggota atau saudara mara kepada penjenayah rentas sempadan yang diupah untuk memberi maklumat atau menculik," katanya dalam  kenyataan di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Perisikan Kawasan Selamat Timur Sabah (Esscom) Asisten Komisioner Hashim Justin mengenai keperluan mewajibkan semua ketua kampung dan pengerusi JKKK di Esszone menyediakan profil komposisi penduduk, termasuk bilangan sebenar Pati yang berada di kampung mereka.

Patrick juga menyarankan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri dan Jawatankuasa Esszone akan datang membuat 'ketetapan' mewajibkan semua ketua kampung dan pengerusi JKKK Esszone melaporkan kehadiran Pati di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memudahkan pihak keselamatan, termasuk Esscom memantau dan mengawal kemasukan dan pergerakan Pati di negeri ini.

Patrick turut melahirkan penghargaan terhadap usaha Esscom yang berjaya mengekang cubaan menculik sebelum ini, dan berharap Esscom tidak patah semangat meskipun dikejutkan dengan insiden penculikan di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Khamis lepas.

Beliau berharap agar kerajaan pusat dapat mempercepatkan perolehan aset dan tambahan anggota yang diperlukan di Esszone.

Sabtu lepas, Hashim berkata pendekatan baharu ke atas ketua kampung dan pengerusi JKKK itu perlu memandangkan masih terdapat segelintir pemimpin akar umbi itu 'berdegil' tidak melaporkan kehadiran Pati di kawasan perkampungan mereka.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JKKK , Sabah , Esszone , Pati

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan