Malaysia Tidak Terima Kemasukan Pelarian Dengan Mudah - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menerima kemasukan pelarian dengan mudah namun bersedia memberi bantuan kemanusiaan dalam keadaan kecemasan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata adalah tidak benar jika dikatakan Malaysia menerima orang luar dengan begitu mudah kerana itu bukan dasar kerajaan.

"Kalau bot pelarian datang ke negara kita, kita tak akan benarkan mereka masuk, itu prinsip utama. Ini keputusan kita, tak terima mereka begitu sahaja kerana mereka pelarian.

"Tapi kalau mereka ada masalah dari segi makanan, kita bagi makanan, kalau tak cukup minyak kita bagi minyak, tapi belayarlah ke perairan antarabangsa dan ke tempat lain," katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (BN-Keningau) mengenai keterbukaan Malaysia menerima kehadiran pelarian.

Beliau menegaskan sekiranya ditahan, setiap pelarian berkenaan akan ditempatkan di kem tahanan sebelum dibicara dan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Menjawab soalan asal Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor), Shahidan berkata kerajaan melihat tiada keperluan untuk mewujudkan zon keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand kerana keadaannya berbeza dengan kawasan keselamatan di pantai timur Sabah.

"Zon keselamatan di Sabah diwujudkan berdasarkan pelbagai isu keselamatan antaranya pencerobohan di Lahad Datu dan keadaan muka bumi persempadanan berlainan, di mana kawalan yang komprehensif dan penggunaan aset secara bersepadu adalah diperlukan sebagaimana yang telah dilakukan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone)," katanya.

Irmohizam bertanya sejauh mana kerajaan akan mengkaji cadangan untuk mewujudkan zon keselamatan di sepanjang perbatasan Malaysia-Thailand seperti yang telah dilaksanakan di zon timur Sabah.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim , Rohingya , Dewan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan