Labur Dalam Teknologi Jimat Kos, Inovasi - Najib

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 1:03 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (dua, kiri) merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-18, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga minyak yang kini rendah sewajarnya mendorong inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggesa syarikat tenaga boleh baharu melabur untuk meningkatkan kaedah pengeluaran.

Ini katanya akan menjadikan tenaga lebih murah dan lebih berdaya maju dari segi ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus ia menarik apabila harga minyak kembali melantun tinggi.

"Saya percaya kesukaran mampu membuka peluang... Inilah masa apabila teknologi penjimatan kos serta perkhidmatan akan memperoleh perkhidmatan yang lebih tinggi," katanya semasa merasmikan Persidangan ke-18 Minyak dan Gas Asia 2015 di Pusat Konvensyen KL di sini, Isnin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dalam Asean, mempromosi inovasi dan teknologi pintar bukan sahaja meningkatkan kecekapan tenaga, malah turut mendorong daya saing dalam industri, termasuk bangunan, pengangkutan dan pengilangan.

Mengenai harga minyak mentah Brent yang kini dalam lingkungan AS$65 setong  berbanding AS$110 setahun lepas, Najib berkata terlalu banyak fokus telah diberikan ke atas masalah lebihan bekalan.

"Daripada hanya memikirkan kaedah untuk membendung lebihan, kita sepatutnya menumpukan usaha ke arah merangsang ekonomi yang seterusnya akan meningkatkan permintaan," katanya.

Perdana Menteri memperakui bahawa penurunan harga minyak mentah memberi implikasi ke atas banyak kerajaan di seluruh dunia.

Beliau berkata Malaysia sebagai contoh, menyelaraskan unjuran harga setong daripada AS$105 kepada AS$55 dalam Bajet 2015.

"Namun, pembaharuan yang kita sudah lakukan, meletakkan kita pada kedudukan yang lebih baik untuk menangani kejutan luar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Asean , Najib Razak , minyak dan gas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan