Jabatan Kastam Kutip Hasil RM15 Bilion Sejak Januari

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 9:14 PM

Khazali Ahmad.

(Ubah saiz teks)

TANAH RATA (CAMERON HIGHLANDS): Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM15.140 bilion dari seluruh negara sejak Januari lepas sehingga Ahad.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jumlah itu adalah 33.31 peratus daripada keseluruhan sasaran hasil sebanyak RM45.441 bilion.

"Di peringkat negeri Pahang pula, sebanyak RM293.609 juta berjaya dikutip sehingga kini yang mewakili peratus pencapaian sebanyak 24.66 peratus.

"Semoga pihak Kastam dapat mengekalkan prestasi pungutan hasil yang konsisten bagi tempoh lapan bulan lagi tahun ini supaya supaya sasaran kita dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat Kastam Cameron Highlands di sini, Isnin.

Selain itu, Khazali berkata setakat ini, sejumlah 377,157 syarikat telah berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk 13,159 di Pahang.

Beliau turut mengulas laporan berhubung lebih 3,000 pegawai Kastam melakukan penyamaran bagi mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengingkari peraturan GST, pada 1 Mei lepas.

"Kita ada menerima laporan daripada pegawai-pegawai di seluruh negara. Kebanyakan (kesalahan) membabitkan masalah tidak faham sahaja. Ada (peniaga) yang kata mereka tidak tahu barang itu dikenakan cukai atau tidak.

"Tetapi kita sudah pun memberi panduan barang bercukai dan tidak bercukai. Oleh itu, situasi sebegini memerlukan kita memberi kefahaman kepada setiap orang agar masyarakat tidak dianiaya," katanya.

Khazali turut meminta kerjasama orang ramai melaporkan kepada JKDM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai salah laku peniaga mengenakan harga yang tidak berpatutan.

Sementara itu, Pengarah Kastam Pahang, Datuk Sarip Ismail berkata Pejabat Kastam Cameron Highlands itu bertujuan memberi kemudahan untuk sektor perhotelan, termasuk sebagai pusat sehenti bagi pelesen-pelesen di situ.

"Pejabat dilengkapi ciri-ciri keselamatan serba canggih itu dapat menampung keperluan perlesenan dan penguatkuasaan (perkastaman) di kawasan itu. Ia turut  memberi khidmat nasihat kepada pelanggan sekitar dengan lebih efisien," katanya.

Pejabat itu diuruskan lima kakitangan iaitu seorang pegawai kanan iaitu Penguasa Kastam Gred W41, dua pegawai kanan Gred W22 dan dua pegawai Gred W17.

Tags / Kata Kunci: JKDM , Khazali Ahmad

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan