Pakatan Rakyat Bakal Bentuk Kabinet Bayangan

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hari pertama di Parlimen, Ketua Pembangkang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil langkah drastik apabila mengumumkan akan membentuk Kabinet bayangan Pakatan Rakyat.

Pembentukan Kabinet bayangan itu adalah yang pertama bagi pakatan pembangkang apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menolak cadangan berkenaan.

“Setiap kementerian terpilih akan diwakili seorang Ahli Parlimen daripada setiap parti.

“Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan timbang tara demi memelihara kepentingan rakyat,” katanya pada sidang media pertamanya di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun Dr Wan Azizah enggan menyatakan bila Kabinet bayangan itu akan dibentuk.

“Ikut urutan, kita perkukuhkan pakatan dahulu,” katanya ringkas.

Sebelum ini pada 2011, Anwar yang menjadi Ketua Pembangkang ketika itu menolak idea penubuhan Kabinet bayangan kerana jawatankuasa Parlimen yang telah ditubuhkan pakatan pembangkang sebelum ini sudah memenuhi kriteria berkenaan.

Dr Wan Azizah kembali dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 7 Mei lalu.

Selain itu, Dr Wan Azizah berkata, selaku Ketua Pembangkang beliau akan mengadakan perbincangan dengan semua parti komponen dalam usaha memperkukuhkan pakatan pembangkang.

“Kami akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di mana persetujuan dasar bersama untuk mematahkan dakyah politk perkauman dan agama oleh kerajaan sekarang,” katanya.

Pakatan pembangkang berhadapan krisis dalaman selepas ketiadaan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kemelut antara tiga komponen itu memuncak apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa Rang Undang-Undang Persendirian berhubung hudud ke Parlimen pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang lalu.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan