Hutang Kerajaan Persekutuan Hampir RM600 Bilion Setakat Mac

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac lepas sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus atau RM579.2 bilion merupakan hutang domestik manakala RM17.6 bilion atau tiga peratus lagi membabitkan pinjaman luar pesisir.

"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Nga meminta kerajaan menyatakan jumlah hutang sebenar negara setakat April 2015 serta langkah kerajaan untuk mengurangkannya.

Tee Yong berkata, Kerajaan Persekutuan juga kekal komited dalam memastikan paras hutangnya tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

"Bagi memastikan paras hutang kerajaan kekal rendah dan terurus, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat," katanya.

Selain langkah penjimatan seperti memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan, kerajaan juga menetapkan pinjaman yang dibuat harus mampu memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang.

Beliau berkata, kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal serta pengurusan hutang yang baik, terus diberikan penekanan bagi memastikan kedudukan fiskal dan makroekonomi terus kukuh serta dapat menampan sebarang krisis.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan hutang luar negeri sentiasa berada kurang daripada RM35 bilion, dan sehingga akhir Mac lepas, hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan berjumlah RM17.6 bilion, jauh lebih rendah daripada had yang dibenarkan mengikut Akta Pinjaman Luar 1963. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Chua Tee Yong , Dewan Rakyat , KDNK

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan