Beras Plastik Boleh Bawa Maut, KPDNKK Tak Ambil Ringan

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 10:57 AM

Hasan Malek.

Datuk Seri Hasan Malek

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fikirkan dahulu sebelum makan nasi kerana anda mungkin memasukkan 'plastik' ke dalam mulut anda.

Berita beras palsu atau juga dikenali sebagai beras plastik yang biasanya dijual di pasaran China, terutamanya di Taiyuan di wilayah Shaanxi, telah heboh di media sosial seperti Whatsapp dan Facebook.

Dipercayai beras plastik yang dibuat daripada kentang, kentang manis, dan kemudian ditambah dengan resin sintetik bagi menyerupai bentuk beras yang sebenar, mungkin telah tersebar di luar bandar negara-negara seperti India, Indonesia serta Vietnam, malah dilaporkan telah memasuki pasaran Singapura.

Beras tersebut dikatakan tetap kelihatan keras walaupun selepas dimasak.

Pakar-pakar kesihatan dan pemakanan telah memberi amaran bahawa produk tersebut boleh membawa maut dan merosakkan sistem penghadaman.

Pihak berkuasa di Malaysia tidak akan bertolak ansur mengenai "ancaman" ini dan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata berita tersebut telah menjadi viral dan kementerian tidak akan mengambil ringan perkara ini walaupun belum pasti ia betul atau palsu.

"Saya ada mendengar mengenai berita beras palsu atau beras plastik yang dijual murah. Berita itu boleh menjadi benar atau palsu. Kita tidak tahu mengenainya. 

“Kami juga belum pasti sama ada beras palsu itu sudah tiba di sini atau tidak tetapi kita tidak akan ambil ringan. Kami akan menjalankan siasatan di seluruh negara, "kata Hasan ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan akan menumpukan perhatian kepada kedai-kedai runcit di pinggir bandar dan luar bandar bagi membuat pemeriksaan sama ada mereka menjual beras plastik ini atau tidak.

"Kami akan menjalankan siasatan tetapi pada masa yang sama, saya ingin merayu kepada pengguna untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kepada kementerian jika mereka menjumpai beras tersebut. 

“Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan, "katanya sambil menambah bahawa kementerian tahu bagaimana untuk berurusan dengan peniaga-peniaga itu dan tidak akan bertolak ansur.

Dalam pada itu sumber daripada industri beras memberitahu, beras itu tidak akan dijual secara terbuka di pasaraya.

"Jika terdapat  kewujudan beras ini di Malaysia, ia berkemungkinan akan dijual di kedai-kedai kecil," katanya.

Tambahnya, pemborong sukar untuk membawa masuk beras plastik ke pasaran berikutan peraturan ketat di pintu masuk negara.

"Namun, ada kemungkinan bahawa neras plastik boleh diseludup melalui sempadan negeri-negeri," katanya.

“Penyeludup akan menggunakan pelbagai modus operandi untuk membawa masuk produk ini kerana mereka tahu ia sukar untuk mencampur beras plastik dan beras biasa,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan