Azmin Gesa PM Bentang Usul Khas Pelarian Rohingya Di Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa membentangkan usul khas di Parlimen bagi membincangkan persoalan tentang pelarian Islam Rohingya yang kini mendapat perhatian seluruh dunia.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, sebagai tuan rumah negara Asean, Malaysia perlu mengambil pendirian lebih tegas dalam menangani krisis kemanusian tersebut.

"Perdana Menteri perlu mengambil peranan lebih efektif dan bawa pendirian tegas di Parlimen yang mula sidang hari ini (Isnin) bagi menangani isu ini. Sekurang-kurangnya ada satu usul khas di Parlimen bagi membincangkan masalah pelarian Rohingya.

"Bantuan dan langkah menyelesaikan masalah ini adalah atas dasar prinsip kemanusiaan terutama negara kita sebagai tuan rumah negara Asean tahun ini," ujarnya.


Pelarian Rohingya dan Bangladesh tidak boleh dibiarkan lama di atas bot tanpa bantuan.

Azmin ditemui selepas majlis makan tengah hari dan penjenamaan semula Invest Selangor Berhad, di Hotel Hilton di sini, Isnin.

Tambah beliau, pelarian Rohingya tidak boleh dibiarkan terus tinggal di dalam bot dalam tempoh masa yang panjang tanpa diberi sebarang bantuan dan usaha menyelamat.

Katanya, ia merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan Najib sebagai Pengerusi Asean 2015.

Baru-baru ini dilaporkan sebanyak 1,158 pendatang asing Bangladesh dan Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita mendarat dengan bot di Langkawi.

Manakala, hampir 3,000 lagi masih terkandas di dalam bot tanpa sebarang bekalan makanan dan minuman selepas beberapa kerajaan menghalang mereka mendarat.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , PM , Najib Razak , Rohingya

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan