Isu Rumah Ibadat: Aduan Semua Pihak Akan Diteliti - MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Kerajaan Selangor akan meneliti dan mendengar aduan semua pihak yang terlibat bagi menyelesaikan isu membantah pembinaan rumah ibadat penganut Hindu di penempatan yang majoriti penduduknya beragama Islam di Puncak Alam, Kuala Selangor.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri juga akan melindungi golongan minoriti terutama berkaitan rumah ibadat dan kebudayaan yang juga hak mereka sebagai rakyat negeri ini.

"Kerajaan akan mendengar dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan kedua-dua pihak dan memastikan hak sebagai rakyat Selangor terjamin. 

"Secara dasarnya kerajaan sentiasa mempertahankan dan melindungi golongan minoriti termasuk rumah ibadat dan kebudayaan mereka," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran dan penjenamaan semula Invest Selangor Berhad, di Hotel Hilton, di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan penduduk Islam di Puncak Alam,  pada Ahad terhadap pelan pembinaan sebuah kuil Hindu di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Malaymail Online melaporkan lebih 300 penduduk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang kononnya meluluskan pembinaan kuil tanpa berunding dengan penduduk.

Sementara itu, Azmin turut berkongsi perkembangan skim insentif membina 15,000 unit rumah mampu milik rakyat Selangor yang mendapat sokongan menggalakkan daripada pemaju dan sektor swasta.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan sedang memantau pembinaan 10,000 unit rumah berkenaan dalam tempoh tiga bulan pertama sejak dilancarkan pada Mac lalu.

"Dengan sokongan yang kita terima daripada pemaju dan syarikat korporat, perancangan membina 15,000 unit boleh ditingkatkan kepada 20,000 unit dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Kerajaan memberi beberapa insentif kepada pemaju bagi menggalakkan mereka membina rumah pada tahun ini dengan kadar kos lebih rendah. Rumah-rumah ini mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana di Selangor," ujarnya.

Selain itu, turut diumumkan penjenamaan semula Selangor State Investment Centre (SSIC Berhad) kepada nama dan logo baharu yang bakal dikenali sebagai Invest Selangor Berhad.

Penjenamaan semula ini bersesuaian dengan identiti korporat dengan matlamat baharu, maklumat dan perkhidmatan yang menawarkan peluang pelaburan di negeri Selangor.

"Nama baharu ini akan memberi kekuatan dan kesedaran secara tidak langsung memberi mesej yang jelas kepada pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di Selangor," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: Selangor , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan