11,460 Wanita Di Sabah Jalani Saringan Mamogram Sejak 2007 - Berita Semasa | mStar

11,460 Wanita Di Sabah Jalani Saringan Mamogram Sejak 2007

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sejumlah 11,460 wanita di Sabah menjalani ujian saringan mamogram sejak 2007, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata menerusi program subsidi mamogram yang disediakan kerajaan, telah menggalakkan wanita menjalani pemeriksaan dalam usaha pencegahan awal kanser payudara.

"Sehingga kini masih ramai lagi wanita sedang menunggu giliran untuk menjalani saringan mamogram," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Ibu peringkat negeri, yang bertema 'Saya Sayang Ibu Saya' di Wisma Wanita, malam Sabtu.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah mengambil berat isu-isu kekeluargaan dengan pengenalan Program Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera pada 2009.

Menurutnya kanser payudara mencatatkan peratusan yang tertinggi di negara ini iaitu 18.2 peratus berbanding kanser yang lain.

Katanya, berdasarkan statistik daftar kanser kebangsaan pada 2008, sebanyak 32.3 peratus bagi setiap 100,000 wanita menghidap kanser.

"Satu nisbah 19 penduduk wanita di negara ini berisiko mendapat kanser payudara," katanya.
Tags / Kata Kunci: saringan mamogram , kanser , Sabah
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan