Perjalanan Umpama Neraka

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 8:24 AM

Pelarian etnik Rohingya tidur di kawasan pengurungan di Kuala Langsa, Aceh, Indonesia. - AFP

(Ubah saiz teks)

"Tolonglah hubungi keluarga saya. Mereka tidak ada makanan dan minuman, mereka akan mati tidak lama lagi.".

Rayuan itu dibuat oleh seorang warga Rohingya, Hakim,37, yang kini bekerja di Malaysia selama dua tahun.

Dia meninggalkan kem UNHCR di Bangladesh dan menaiki bot dari bandar Cox Bazar, sebuah pelabuhan perikanan yang menjadi lokasi pemerdagangan manusia ke Malaysia.

Kini ahli keluarganya yang melakukan perjalanan yang sama terkandas di atas sebuah bot di luar pantai Thailand dan menunggu untuk diselamatkan.

Hakim memberitahunya dalam satu panggilan singkat bahawa 28 daripada 300 penumpang yang berada di dalam bot itu telah meninggal dunia.

The Star dan badan pemantau hak asasi manusia Asia cuba untuk menghubungi nombor yang diberikan Hakim tetapi tidak berjaya.

“Di Bangladesh, mereka beritahu saya boleh mencari duit di Malaysia. Jadi saya datang ke sini agar boleh menampung perbelanjaan isteri dan tiga orang anak saya,” katanya.

Hakim berkata, ejen penyeludup memujuknya dan beberapa yang lain agar membayar wang antara RM8,000 hingga RM10,000 untuk menaiki sebuah kapal usang.

“Di atas kapal itu, sesetengah penumpang jatuh sakit. Mereka dibuang ke laut walaupun masih hidup,” katanya.

Warga Bangladesh, Rezaul, 18, yang menaiki bot yang sama berkata, kumpulan penyeludup itu memadatkan 900 penumpang di atas kapal tersebut.

"Perjalanan mengambil masa tiga bulan untuk sampai ke kem dimana kami diminta untuk membayar RM9,000 setiap seorang. Kami dipukul dengan batang besi dan diarah untuk berjalan di dalam hutan dari pukul 1 pagi hingga 3 petang setiap hari tanpa minum air.

"Polis sering meminta wang dari kami. Kehidupan agak teruk di sini tetapi tiada pekerjaan di negara sendiri," kata Rezaul.

Seorang lagi warga Bangladesh, Rashed, 24, terpaksa membayar ejen sebanyak RM15,000 untuk mendapatkan visa bekerja di sebuah restoran tetapi dia dihantar bekerja di tempat pembinaan.

“Majikan saya memegang pasport menyebabkan saya selalu berdepan masalah dengan pihak berkuasa kerana visa bekerja tidak sama dengan tempat bekerja,” katanya.

Manakala seorang pengawal keselamatan dari Nepal, Janga Bahadur,45, menerima gaji RM50 sehari untuk tempoh bekerja 12 jam tanpa cuti.

Katanya, walaupun mempunyai permit pekerjaan yang sah, dia dan kawan-kawannya selalu meminta wang daripadanya dan juga rakan-rakan.

Malah, majikannya juga turut memotong RM10 sebulan untuk bayaran bil elektrik dan air di rumah sewa mereka.

“Hampir 80 orang tinggal dalam sebuah rumah teres. Tandas tidak berfungsi, jadi kami perlu bergilir-gilir untuk ke bilik mandi,” jelasnya.

Selain itu, seorang lagi warga Rohingya, Salaudin, 16, berkongsi tempat tidur di dalam sebuah kontena yang berukuran 2.4 meter lebar dan 6 meter panjang bersama dengan 13 lagi lelaki lain.

Mereka mandi di tempat terbuka dan bekalan elektrik tidak menentu.

Salaundin berkata Malaysia jauh lebih baik berbanding negara kelahirannya di Rakhine.

"Sekurang-kurangnya saya boleh keluar. Polis hanya meminta wang daripada saya. Apabila balik ke negara sendiri, polis jauh lebih teruk," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rohingya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan