Saya Tak Pernah Beritahu Dr M - Pandikar

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 5:18 PM

Pandikar Amin memulakan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.Foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star
(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pernah memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau mahu meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara.

Pandikar berkata, beliau hanya memberitahu perasaan kecewanya ketika persidangan Dewan Rakyat yang lebih menumpukan isu-isu kecil sebaliknya perkara lebih penting diabaikan.

"Saya tidak pernah cakap saya mahu meletak jawatan," kata Pandikar.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada menemui Dr Mahathir bercakap mengenai keadaan politik semasa di negara ini.

"Saya bukan bermaksud tidak menghormatinya. Apa yang saya ingin katakan adalah bahawa saya tidak meletak jawatan dan akan mempengerusikan sidang Parlimen esok (Isnin)," kata Pandikar ketika ditemui pemberita di Kota Belud pada Ahad.

Pandikar juga enggan mengulas sama ada beliau telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang hasratnya untuk meletak jawatan Speaker.

"Jika saya menghantar sebarang surat, ia melibatkan saya dan Perdana Menteri dan tidak melibatkan orang lain," kata Pandikar.

Lewat Sabtu, Pandikar mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Dr Mahathir berkaitan perletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Negara.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Pandikar Amin Mulia , Dr M

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan