Pandikar Bertugas Pada Sidang Dewan Rakyat Isnin

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 7:00 AM

Pandikar Amin Mulia

Pandikar Amin Mulia

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijadualkan menghadiri sesi persidangan Parlimen yang bermula Isnin.

Ketua Pentadbir Parlimen, Awang Alik Jeman berkata, Pandikar akan menjalankan tugasnya sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat seperti biasa.

"Beliau akan bertugas pada pukul 10 pagi, bagi saya beliau tidak meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen," katanya.

Terdahulu pada Sabtu, Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee berkata, berita mengenai peletakan jawatan Pandikar adalah spekulasi semata-mata.

"Malahan, pada sesi Parlimen sebelum ini juga timbul khabar angin mengenai perkara sama walaupun sebenarnya beliau bercuti dan hanya bertugas pada minggu terakhir sidang Dewan Rakyat," katanya mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peletakan jawatan Pandikar.

Dr Mahathir ketika menghadiri forum Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu memaklumkan hadiri mengenai tindakan Pandikar meletak jawatan dan dengan itu tugasnya akan diambil alih oleh timbalannya.

Kali terakhir Pandikar dilihat menghadiri majlis umum pada Ahad lalu ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kota Belud yang juga kampung halaman beliau.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan