Ecxo Kedah Saran Kaji Semula Keselamatan Perairan Langkawi

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan diminta mengkaji semula penempatan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di pulau Langkawi bagi membolehkan usaha mencegah aktiviti penyeludupan termasuk pelarian Rohingya dari Myanmar lebih berkesan.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata ia berikutan ketiadaan pos-pos kawalan di kawasan perairan Langkawi yang berhadapan dengan Thailand.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat berkata kawasan itu di utara pulau Langkawi terletak paling hampir dengan perairan Laut Andaman dan deretan kepulauan milik Thailand.

"Ayer Hangat dan Thailand hanya mengambil masa 10 minit sahaja, sedangkan pos kawalan Polis Marin dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) terletak di Kuah atau 40 minit menaiki bot daripada Ayer Hangat.

"Ini adalah perkara yang kurang bijak kerana penyeludup daripada Thailand hanya mengambil 10 minit untuk ke Ayer Hangat sedangkan bot ronda kita dari Kuah memerlukan 40 minit untuk sampai," kata Mohd Rawi kepada pemberita di sini.

Susulan insiden pencerobohan 1,158 pelarian Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar di Langkawi Ahad Lepas, beliau berkata kawalan keselamatan di pulau peranginan itu perlu ditingkatkan dengan segera.

Deretan pulau-pulau Thailand yang terletak hanya 10 minit dari Ayer Hangat seperti Satun, Tarutao dan Kuala Bara sememangnya diketahui lokasi kegemaran bagi sindiket penyeludupan.

"Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan pos-pos kawalan di kawasan Ayer Hangat yang berhadapan dengan Thailand untuk mencegah aktiviti penyeludupan termasuk dadah, barangan dan terkini, manusia," katanya.

Mohd Rawi mendakwa cadangan mewujudkan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di Ayer Hangat telah dikemukakan hampir 20 tahun lepas.

Menurutnya beliau akan mengemukakan saranan itu kepada  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

APMM adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Berbanding dengan Kuah, kedudukan Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk menempatkan pos-pos kawalan keselamatan agensi penguatkuasaan negara kerana ia terletak paling hampir dengan perairan dan kepulauan Thailand, katanya.

Mohd Rawi berkata bukan sahaja Kuah terletak kira-kira 40 minit daripada Ayer Hangat, malah kedudukannya juga berhadapan dengan Kuala Kedah, Kuala Perlis serta Pulau Pinang.

"Berikutan kedudukannya yang berhadapan dengan Satun dan perairan Thailand, Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk penempatan pos-pos kawalan bot ronda agensi penguatkuasaan negara,"katanya.

Tags / Kata Kunci: perairan langkawi , keselamatan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan