Graduan Selfie Tak Digantung, Perlu Mohon Maaf - Naib Canselor UiTM

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 7:26 PM

Gambar selfie Muhammad Hasrul baru-baru ini mendapat kritikan ramai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, graduan jurusan Diploma Fotografi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak digantung pengajian, sebaliknya diberi tempoh seminggu supaya memohon maaf di atas perbuatannya berselfie ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 baru-baru ini.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ketetapan itu dibuat kerana perbuatan graduan itu  memalukan dan dianggap tidak menghormati etika majlis tersebut.

"Kami beri dia tempoh seminggu untuk meminta maaf... perbuatannya itu ternyata memalukan UiTM.

"Tidak ada istilah gantung pengajian, macam mana dia boleh digantung sedangkan dia sudah tamat pengajian. Semua itu tidak benar. Dia hanya perlu minta maaf bagi membersihkan nama UiTM dan selepas itu dia akan dapat skrol diplomanya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Pada masa sama, Prof Dr Sahol turut menyangkal laporan sebuah akhbar harian yang memetik beliau sebagai berkata, graduan berusia 21 tahun itu digantung pengajian selama setahun atau dua tahun di atas perbuatannya.

Terdahulu, gambar selfie Muhammad Hasrul bersama Prof Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayob menjadi viral di laman sosial baru-baru ini menerima kritikan ramai.

Bagaimanapun, menerusi laporan akhbar sama, Muhammad Hasrul dikatakan memohon maaf di atas perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja kerana begitu teruja untuk menerima segulung diploma.

"Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan UiTM, saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” katanya.

Malah, Muhammad Hasrul berkata idea untuk berselfie di atas pentas itu datang setelah dia melihat majlis konvokesyen dari sebuah universiti tempatan yang menampilkan para graduannya melakukan aksi tarian ketika mengambil skrol.

Menurutnya, sebagai graduan jurusan Fotografi, berselfie merupakan simbolik untuk jurusan tersebut.

“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.

“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” katanya.




Tags / Kata Kunci: UiTM , selfie , Sahol Hamid Abu Bakar

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan