Tindakan Tegas Jual Tiket Bas Ekspres Lebih Mahal - SPAD

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 1:52 PM

Anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melakukan pemeriksaan ke atas bas ekspres pada ops bersepadu yang dijalankan di Tol Jasin, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

JASIN: Tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha bas ekspres yang didapati menjual tiket pada harga yang lebih mahal terutama pada musim perayaan atau cuti umum, kata Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad.

Beliau berkata, SPAD mengesan terdapat pengusaha bas ekspres bersekongkol  dengan ulat tiket untuk menjual tiket pada harga lebih mahal.

Katanya tindakan akan diambil mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Kami berharap penumpang yang mengalami situasi ini melaporkan kepada SPAD untuk tindakan," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu SPAD bersama-sama agensi penguatkuasaan lain di Plaza Tol Jasin di sini Sabtu malam.

Katanya, terdapat juga penjual tiket tidak menyerahkan tiket kepada penumpang bertujuan menutup penipuan kenaikan harga yang dilakukan mereka dan menurutnya perbuatan itu adalah salah.

Berhubung operasi itu, Che Hasni berkata sebuah pengusaha bas ekspres disyaki terlibat dengan kegiatan ulat tiket kerana pemeriksaan SDAP mendapati penumpang ditawarkan harga tiket berbeza-beza dan ada di antaranya tidak memiliki tiket bas.

"SPAD akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu, penumpang dan pengusaha bas berkenaan bagi tindakan susulan," katanya.

Katanya sebanyak 59 kes kesalahan dikenal pasti dilakukan pemandu lori, bas, dan teksi termasuk gagal mengemukakan permit kenderaan atau lesen pengendali, gagal mengemukakan jadual tambang dan membawa muatan lebih.

Beliau berkata dalam 2,100 operasi harian antara Januari hingga April tahun ini, teksi didapati paling banyak melakukan pelbagai kesalahan membabitkan 1,495 kes diikuti lori (1,478), bas (561) dan kereta sapu (88).

"Kesalahan tertinggi yang dilakukan pemandu teksi ialah tidak menggunakan meter dengan jumlah kes sebanyak 1,056 dan SPAD akan terus melakukan operasi dan penguatkuasaan bagi memastikan mereka menggunakan meter agar penumpang tidak ditipu," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPAD , bas ekspres , Che Hasni Che Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan