Sokongan Padu Umno Johor Dilihat Peringatan Selesaikan Isu Rakyat - PM

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 5:10 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan salah seorang pemilik rumah Melana Indah, Hassan Mohammed @Hashim,49, dan adik Mohamed Waiz Hafiy Shawal, dua tahun, ketika melawat kediaman mereka selepas merasmikan projek perumahan rakyat itu di Taman Perling, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua kiri) dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri).

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sokongan padu diberikan Umno Johor terhadap kepimpinannya dilihat sebagai peringatan untuk beliau terus menyelesaikan isu rakyat dan negara secara berhemah dan bijaksana.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata, beliau melihat sokongan diberikan Umno Johor bukan sokongan yang berbentuk membawa rebah tetapi memberi keyakinan kepada pucuk kepimpinan.

"Kadang-kadang ada sokongan yang merebahkan tetapi sokongan orang Johor memberikan peringatan kepada saya mengenai maklum balas isu yang perlu diselesaikan.

"Orang Johor kata cuba selesaikan (isu) dalam jangka masa terdekat supaya sokongan rakyat bertambah dan Insya-Allah, kita akan menang sekali (pilihan raya umum ke-14 nanti)," katanya ketika berucap merasmikan majlis penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata selain Sabah, Umno Johor juga sentiasa memberi sokongan berdasarkan permuafakatan anggota parti dan kesetiaan kepada kepimpinan tertinggi parti, menyebabkan ia terus menjadi tulang belakang kepada negara dari segi politik.

"Saya anggap sokongan ini memberi keyakinan kepada kepimpinan ... kita tengok lipatan sejarah, setiap kepimpinan tidak sunyi dengan cabaran besar yang mesti diselesaikan.

"Namun,penyelesaian hendaklah mengikut kebolehan dan kebijaksanaan pemimpin dan diberi sokongan, baru sebarang krisis mampu ditangani," katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan yang beliau sebagai pemimpin yang bertindak sebagai 'nakhoda bahtera' negara, tidak akan bertukar haluan meskipun dilanda 'taufan'.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya menegaskan Umno Johor sentiasa bersama-sama Perdana Menteri dalam mengharungi pelbagai kemelut dan cabaran yang timbul ketika ini.

"Saya mewakili Umno Johor mengambil kesempatan untuk memberitahu dalam mesyuarat (Badan Perhubungan) semalam, kami menzahirkan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semoga sokongan ini menjadi kekuatan kepada beliau (Najib) untuk berhadapan dan menyelesaikan pelbagai isu yang sedang dihadapi negara," kata Mohamed Khaled yang merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Turut sama menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Najib ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ketika berucap pada majlis yang sama, beliau berkata kunci kepada penyelesaian setiap masalah adalah perpaduan dalam kalangan anggota Umno serta kesetiaan mereka kepada kepimpinan parti.

Tanpa formula yang mujarab itu, pemimpin tidak akan dapat memajukan negeri atau negara dek kerana tiada kestabilan, kata Abdul Rahman, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Setiausaha Barisan Nasional Sabah.

"Saya mengambil contoh, pada tahun 1990-an keadaan politik di Sabah sedang bergelora ... politik Bumiputera berpecah-belah, suara kami tidak bersatu.

"Tetapi sebaik Umno masuk dan membawa formula agar sentiasa bersatu serta setia kepada kepimpinan parti, perpaduan Sabah akhirnya dapat distabilkan dan daripada perpaduan itu, Sabah kuat dan terus menjadi tulang belakang Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman.

Semalam, Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Badan Perhubungan Umno Johor yang berlangsung lebih dua jam.

Perjumpaan itu turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dua anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi dan Datuk Razali Ibrahim.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan