Pelajar Tahfiz Cedera Dirotan Ustaz

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Seorang pelajar Tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa kali oleh seorang tenaga pengajar dalam kejadian di Penarik, Setiu, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami kesan lebam dan berdarah pada belakang badan akibat dipukul tenaga pengajar bergelar ustaz tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata susulan laporan tersebut, pihaknya telah merakamkan percakapan mangsa dan gambar kecederaan yang dialami mangsa turut dirakam.

"Kita juga telah ke pusat Tahfiz berkenaan untuk mengesan barang kes serta ustaz tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Katanya pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Setiu untuk meneri marawatan dan kes disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Insiden tersebut dipercayai berpunca selepas mangsa telah pergi menunaikan solat Subuh di sebuah masjid berhampiran pusat pengajian mereka dan gagal hadir ke kelas Al-Quran pagi tersebut.

Bagaimapun sebaik mangsa tiba di pusat pengajian tersebut, ustaz terbabit bertindak merotan mangsa di hadapan pelajar yang lain.

Pelajar, yang berasal dari Kampung Tok Jiring itu, baru tiga bulan menuntut ilmu di pusat tahfiz tersebut.

Tags / Kata Kunci: ustaz rotan , pelajar tahfiz

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan