Pandikar Nafi Letak Jawatan Speaker Dewan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 

Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini. 

"Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagidua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan di portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu mengatakan Pandikar telah berjumpa dengannya dan telah memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pandikar berkata beliau turut akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Pandikar, 59, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah mengangkat sumpah sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada April 2008 bagi menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Pandikar Amin Mulia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan