Pakistan Masih Siasat Nahas Helikopter

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 8:15 AM

Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar yang terselamat dalam nahas helikopter terhempas di utara Pakistan baru-baru ini ditenangkan oleh ahli keluarga sejurus jenazah isterinya, Allahyarham Datin Habibah Mahmud tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat Tentera Udara Pakistan C-130 dari Islamabad di sini Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Siasatan pihak berkuasa Pakistan terhadap nahas helikopter di Lembah Naltar, utara Pakistan yang mengorbankan enam nyawa termasuk Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, masih lagi berjalan.

Menteri Pendidikan Persekutuan dan Latihan Profesional Pakistan Muhammad Baligh-ur-Rehman berkata siasatan masih lagi berjalan walaupun penemuan awal mendapati insiden itu disebabkan oleh masalah teknikal.

"Pakistan akan menghantar satu laporan kepada Malaysia setelah siasatan rasmi selesai, katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Jumaat malam.

Muhammad mengiringi jenazah Habibah dari Islamabad ke KLIA dengan pesawat C130 penerbangan 0977 Tentera Udara Pakistan yang tiba di sini pada pukul 9.25 malam.

Jenazah Allahyarham disambut di KLIA oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Jenazah Habibah dihantar ke Batu Pahat malam ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Yusof Darat, Kampung Parit Masjid, Parit Yusof, Muar, Johor pagi esok.

Turut mengiringi jenazah Habibah dari Islamabad ialah suami Allahyarham, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar.

Muhammad berkata Pakistan menghantar wakil anggota kabinetnya ke negara mangsa nahas yang terlibat untuk memberi penghormatan dan berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa.

Sementara itu, Hamzah berkata Malaysia berterima kasih kepada Pakistan dengan segala bantuan yang dihulurkan untuk membawa pulang jenazah Habibah.

Ditanya mengenai rawatan Dr Hasrul Sani, Hamzah berkata beliau akan menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Habibah adalah antara enam mangsa yang terkorban dalam helikopter yang membawa delegasi kedutaan asing di Pakistan yang terhempas di Lembah Naltar dalm Wilayah Gilgit-Baltistan, Jumaat lepas.

Turut terbuuh di dalam nahas helikopter itu ialah duta besar Norway dan Filipina, isteri duta besar Indonesia dan dua juruterbang pesawat itu.

Pesawat malang itu membawa sekumpulan delegasi kedutaan asing dan isteri mereka untuk menghadiri sebuah program rasmi dihoskan oleh Kerajaan Pakistan.

Media melaporkan puak Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap nahas itu tetapi tentera Pakistan menafikannya.

Tags / Kata Kunci: Nahas Helikopter , Pakistan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan