Dua Maut Akibat Bertembung Lori Treler

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 8:04 PM

Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan akibat merempuh sebuah lori treler selepas gagal memotong sebuah kereta di KM5, Jalan Salak-Sepang berhampiran simpang Kampung Felda LBJ pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Dua maut selepas kereta dinaiki merekabertembung dengan sebuah lori treler selepas gagal memotong sebuah kereta di Km5, Jalan Salak-Sepang berhampiran simpang Kampung Felda LBJ pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Abdul Aziz Ali berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, S. Manickam, 23, berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan M. Pavitheran, 20, dari Sungai Pelek di sini meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Kedua-dua mangsa (pemandu dan penumpang) mati di tempat kejadiaan akibat tersepit dan mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Aziz berkata akibat pertembungan itu, kereta Perodua Myvi berkenaan telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta Proton Preve yang berada di hadapan kereta Proton Waja yang cuba dipotongnya.

Katanya, bagaimanapun pemandu kereta Waja, Preve dan treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Hut Ibrahim  berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan