Pelaksanaan Had Umur Belia Harus Dilakukan Secara Berperingkat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 4:54 PM

Adnan Yaakob (dua, kanan) bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar (dua, kiri) meluangkan masa bergambar bersama golongan belia selepas majlis perasmian Festival Mesra Belia 1Malaysia Negeri Pahang di Dataran Bentong pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan had umur belia dari 15 hingga 30 tahun pada tahun 2018 selepas mendapat permintaan daripada persatuan-persatuan belia supaya mereka diberi tempoh tiga tahun untuk pelaksanaannya.

Menterinya Khairy Jamaludin berkata ia harus dilakukan secara berperingkat dan KBS akan pinda Akta Pembangunan Belia untuk pelaksanaannya kelak.

"Persatuan-persatuan belia di seluruh negara meminta KBS supaya (mereka)diberi tempoh tiga tahun untuk penukaran pentakrifan umur belia itu atas pelbagai sebab, antaranya termasuk mengadakan kursus peralihan dan latihan kepada pemimpin-pemimpin belia yang berumur 20-an yang akan bermula dari sekarang.

"Bila kementerian memperkenalkan had umur belia yang baharu yang dijadual berkuatkuasa pada 2018, maka mereka yang menjadi pemimpin dan anggota persatuan belia sekarang mereka mesti berumur dalam lingkungan 20-an," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Festival Mesra Belia 1Malaysia sempena sambutan Hari Belia Malaysia peringkat negeri Pahang 2015 di Dataran Bentong, di sini, Sabtu.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Dasar Belia Malaysia yang baharu dan lebih komprehensif untuk pembangunan belia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Dasar Belia Malaysia yang akan dilaksanakan mulai 2018 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 itu juga menetapkan had umur belia dari 15hingga 30 tahun berbanding 15 hingga 40 tahun sebelum ini.

"Saya yakin dasar belia yang baharu ini akan memberi impak tinggi kerana ia melibatkan semua pihak, perkara yang membabitkan belia bukan tanggungjawab KBS dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sahaja tetapi melibatkan semua agensi kerajaandan pihak swasta yang harus berperanan dalam menjayakan dasar itu kelak," kata>

Khairy. Beliau berkata golongan berumur 20-an yang menjadi pemimpin belia buat masa kini amat rendah di peringkat negeri dan daerah berbanding persatuan belia di peringkat kebangsaan namun tempoh tiga t ahun itu adalah mencukupi untuk KBS dan MBM memberi latihan kepada golongan pelapis itu untuk menjadi pemimpin kelak.

Sementara itu, ditanya mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya dan Bangladesh di Langkawi, Khairy berkata Pemuda UMNO dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghulurkan bantuan keperluan asas seperti makanan, air dan sebagainya kepada PATI tersebut.

"Walaupun polisi kerajaan Malaysia tidak membenarkan PATI itu memasuki Malaysia tetapi atas atas dasar kemanusiaan, kita tetap menyalurkan bantuan kepada mereka.

"Saya telah pun berhubung dan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, secara kolektifnya kita bersetuju untuk membantu mereka termasuk memberi bekalan minyak dan memperbaiki kapal laut mereka sekiranya ia rosak," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Malaysia berharap isu PATI Rohingya dan Bangladesh harus dibangkitkan di mesyuarat Asean kerana ia berpunca dari negara-negara asal PATI berkenaan yang juga anggota Asean, kata Khairy.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , belia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan