Definisi Rogol Akan Diperluas - Rohani

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 8:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk meluaskan definisi rogol agar meliputi perbuatan memasukkan sebarang objek atau sebahagian anggota tubuh selain zakar ke dalam faraj, kata Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim. 

Beliau berkata kementerian itu telah memulakan perbincangan dengan para pegawai daripada Kementerian Kesihatan tentang cadangan membuat pindaan terhadap Kanun Keseksaan berhubung definisi rogol.

Merujuk kepada kes terbaru di Sibu, Sarawak, Rohani berkata kementerian itu menyokong agar Seksyen 375 Kanun Keseksaan dikaji semula untuk memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol.

"Berikutan kes itu, kami akan percepatkan pelaksanaan cadangan pindaan ini untuk memastikan remaja perempuan yang menjadi mangsa dalam kes seperti itu mendapat lebih banyak perlindungan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Keputusan Mahkamah Rayuan di Sibu Khamis lepas membebaskan Bunya Jalong, 60,yang mengaku merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun empat tahun lepas, mencetuskan bantahan orang ramai.

Remaja itu melahirkan seorang anak, yang DNAnya sepadan dengan DNA Bunya.

"Kementerian ini ingin merakamkan kekesalan tidak terhingga berhubung isu itu dan menggesa ibu bapa serta penjaga supaya lebih berwaspada.

"Ibu bapa dan penjaga juga dinasihati supaya menyediakan masa berkualiti mereka untuk mendampingi dan memantau anak masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian tidak sihat," katanya.

Rohani berkata bagi seseorang kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual, kementerian itu akan mengambilnya untuk dijaga dan diberi perlindungan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, Akta itu akan berkuat kuasa sekiranya pemangsa seksual adalah bapa atau penjaga atau anggota keluarganya; atau sekiranya kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa penderaan seksual dan ibu bapa atau penjaganya tidak melindungi mangsa daripada perbuatan itu.

"Tetapi, kes terbaru yang melibatkan remaja dari Sarawak ini berbeza kerana tertuduh adalah orang luar. Remaja itu mendapat perlindungan dan sokongan daripada keluarganya," kata beliau.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan