Asean Perlu Tangani Bersama Isu Pelarian Rohingya - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Penyelesaian peringkat ASEAN menerusi jaringan negara anggotanya perlu diambil dalam menangani masalah pelarian etnik Rohingya sebelum ia menjadi satu malapetaka kemanusiaan yang lebih dashyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, dalam menyatakan pendirian Malaysia selaku pengerusi  Asean, berkata masalah itu bukan sahaja menjadi kebimbangan pemimpin-pemimpin ASEAN malah turut disuarakan pemimpin serantau dan antarabangsa termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

"Kita menghormati prinsip-prinsip Asean iaitu kita tidak mencampuri urusan dalaman mana-mana negara Asean.

"Namun, apabila sesuatu masalah itu sudah merebak dan menjejaskan kepimpinan negara-negara Asean yang lain dan mungkin di luar daripada Asean, maka kita perlu mencari penyelesaian melalui forum Asean dan juga kerjasama pihak-pihak yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini, Sabtu.

Najib berkata, Setiausaha Agung PBB menerusi panggilan telefon kepada beliau pagi ini, telah menyatakan kebimbangan badan dunia itu mengenai isu tersebut.

"Saya beritahu pada beliau (Ban) ia merupakan satu malapetaka kemanusiaan yang mesti dipandang berat oleh semua negara.

"Ini bukan isu Asean sahaja tetapi ini isu kemanusiaan, isu sejagat yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak," katanya.

Najib berkata, Malaysia tidak seharusnya dibebankan dengan masalah pelarian etnik Rohingya terutamanya apabila punca masalah bukan datang dari dalam negara.

"Kita amat bersimpati dengan mereka (pelarian) yang terapung-apung di lautan terbuka. Ramai telah terkorban termasuk kanak-kanak dan sebagainya.

"Kita tidak rela, reda perkara ini. Sebab itulah kita terima sebahagian untuk mendarat dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka tetapi Malaysia tidaklah seharusnya dibebankan dengan masalah ini kerana ribuan lagi menunggu untuk melarikan diri daripada kawasan wilayah mereka," katanya.

Ahad lepas, 1,158 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar tiba dengan bot di Langkawi. Dilaporkan antara 5,000 dan 6,000 lagi warga Bangladesh dan Rohingya sedang menunggu masa sesuai untuk belayar ke Malaysia.

Berita selanjutnya menyusul.




Tags / Kata Kunci: Asean , Rohingya , Ban Ki Moon

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan