Warga Rohingya Sendiri Jadi Ejen Sindiket - Sumber

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Warga Rohingya sendiri dikatakan menjadi ejen sindiket yang membawa masuk anggota masyarakat tersebut ke negara ini dan Thailand.

Satu sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan berkata ia sudah menjadi 'rahsia terbuka' mengenai pembabitan beberapa individu dalam kalangan masyarakat Rohingya yang mendalangi kegiatan pemerdagangan manusia.

"Saya sendiri merasa malu dan sedih kerana orang Rohingya sendiri yang jadi ejen besar sindiket pemerdagangan manusia di Malaysia dan selatan Thailand.

"Mereka ini sanggup berlaku kejam kepada bangsa mereka sendiri. Semuanya untuk duit," katanya kepada Bernama.

Sumber ini merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang tinggal di Malaysia sejak 30 tahun lalu dan kini menganggotai badan sukarela mengenai pelarian Rohingya.

Hassan turut menyebut nama beberapa individu Rohingya yang menjadi tali barut utama sindiket di selatan Thailand yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang asing Myanmar dan Bangladesh ke Malaysia.

Nama-nama yang sering menjadi sebutan dalam kalangan pendatang Rohingya ialah seperti 'Anwar', 'Hamdullah', 'Abdul Hafis', 'Yassin' dan 'Ali'.

"Mereka inilah yang bertanggungjawab menguruskan kedatangan pelarian Rohingya daripada Bangladesh dengan menggunakan bot untuk ke kem transit di kawasan hutan sempadan Malaysia-Thailand sebelum diseludup masuk ke Malaysia," katanya.

Bot-bot kayu nelayan itu disediakan oleh sindiket pemerdagangan manusia yang dipercayai bertolak daripada satu lokasi yang dikenali sebagai Teknaf di Bangladesh, yang bersempadan dengan bandar Mongdu, Myanmar, tambahnya.

Beliau berkata sindiket akan melakukan perbuatan kejam terhadap pelarian Rohingya sekiranya anggota sindiket tidak diberi bayaran.

"Individu Rohingya yang gagal membayar wang kepada sindiket akan dikurung dan dipukul sehinggalah anggota keluarga mereka membayar wang sebelum individu tersebut diseludup masuk ke negara ini," kata Hassan.

Beliau berkata bagaimanapun disebabkan operasi pihak keselamatan Thailand,  Abdul Hafiz dan Yasin dipercayai telah melarikan diri ke India sementara Anwar dan Hamdullah dipercayai telah ditahan polis Thailand.

Mengulas lanjut, Hassan berkata selepas diseludup masuk ke Malaysia, pendatang Rohingya akan diserahkan kepada individu daripada bangsa Rohingya  sendiri yang bekerja dengan tali barut sindiket pemerdagangan manusia di selatan Thailand.

Beliau menyebut tiga nama lagi yang paling kerap disebut individu Rohingya iaitu 'Mohd Rafique' yang dipercayai bekerja dengan Abdul Hafiz, 'Samsul Alam' yang dipercayai menjadi orang kepercayaan Anwar dan 'Iqbal Ahmad' yang dipercayai bekerja untuk Ali.

Mereka merupakan bangsa Rohingya daripada Myanmar.

Mohd Rafique, Samsul Alam dan Iqbal Ahmad, jelas Hassan akan membawa pendatang Rohingya yang baru diseludup untuk ke beberapa lokasi termasuk rumah sewa sebelum dipindahkan ke lokasi lain di negara ini.

"Selepas dikenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM15,000 untuk menaiki bot yang membawa mereka ke Thailand daripada Bangladesh, pendatang Rohingya sekali lagi dikenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk diseludup masuk pula ke Malaysia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan