Lebih Separuh Daripada Tahanan Di Depot Imigresen Adalah Warga Myanmar

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 7:00 AM

Kanak-kanak ini adalah sebahagian 1,042 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Bangladesh dan Myanmar ketika tiba di Jeti Kuala Kedah pada Khamis. Kesemua Pati yang ditahan di Langkawi pada 10 Mei lepas dihantar ke Depot Imigresen Belantik di Sik untuk tindakan lanjut. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih separuh daripada 13,321 warga asing yang kini ditahan di 12 depot tahanan imigresen di seluruh negara terdiri daripada warga Myanmar.

Jabatan Imigresen mendedahkan seramai 6,936 warga Myanmar berada di depot tahanan, dan daripada jumlah itu 4,531 merupakan etnik Rohingya. 

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Zahari Abdul Aziz berkata, baki warga asing yang kini menghuni depot tahanan terdiri daripada 1,715 tahanan adalah warga Indonesia, 1,466 (Bangladesh), 681 (Vietnam), 493 (Nepal), 403 (Pakistan), 351 (India), 331 (Thailand), 311 (Filipina) dan 177 (Kemboja).

"Bagi mengekang pertembungan dua etnik yang saling bertelagah di Myanmar, Jabatan Imigresen menggunakan strategi tersendiri dalam mengawal keadaan di semua depot tahanannya supaya keganasan yang berlaku di negara itu tidak tercetus di sini. 

"Ini kerana, konflik agama yang berlaku di antara mereka melibatkan etnik Rohingya Islam yang berasal dari wilayah Rakhine, Myanmar dan warga Myanmar yang beragama Buddha," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Pertelingkahan mereka mencapai kemuncak pada 2012 yang menyaksikan beribu etnik Rohingya menjadi pelarian.

Di Malaysia turut berlaku beberapa kes yang dilapor melibatkan kematian dan kecederaan dalam pergaduhan dipercayai membabitkan kumpulan dua warga Myanmar ini.

Zahari menegaskan bahawa depot tahanan imigresen yang turut menempatkan warga Myanmar dari dua kumpulan berbeza itu berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

Menurutnya, setakat ini tiada elemen provokasi atau pergaduhan yang dicetuskan antara mereka di depot tahanan, malah kedua-dua kumpulan ini tidak ditempatkan secara berasingan.

“Kalau di luar kita ada dengar insiden pertelingkahan antara mereka tetapi perkara seperti itu tidak berlaku di dalam depot tahanan. Semuanya terkawal.

“Kita di depot tahanan mempunyai strategi tersendiri bagi menangani isu perbezaan etnik. Kunci kekuatan kita adalah menggunakan pendekatan secara berhemah,” katanya.

Zahari berkata, harus diingatkan bahawa kesemua penghuni di depot tahanan imigresen tidak dilayan sebagai penjenayah atau pesalah.

Menurut Zahari, tahanan Myanmar bukan sahaja melibatkan mereka beragama Buddha dan etnik Rohingya malah mereka terdiri daripada pelbagai etnik lain seperti Kachin, Kayah, Kayin dan Chin.

“Kalau kita menempatkan mereka dengan mengasingkan mengikut etnik, kita tidak akan dapat menyediakan ruang yang mencukupi kerana setiap tahanan mempunyai kapasiti masing-masing, malah ia turut dihuni oleh tahanan warga asing lain. Jadi, kita tidak mempunyai pilihan melainkan campurkan mereka,” katanya.

Bagaimanapun Zahari berkata, dua kumpulan itu boleh diasingkan atas beberapa faktor dan kesediaan ruang dengan mengambil kira latar belakang mereka.

“Sebagai contoh, pada bulan Ramadan, kita perlu memisahkan mereka yang Islam dan bukan Islam bagi menghormati mereka yang berpuasa menunaikan solat Terawih,” katanya sambil menambah pengasingan pada bulan Ramadan itu turut melibatkan tahanan lain yang beragama Islam.

Isnin lalu, seramai 1,158 Pati yang terdiri daripada 486 orang dari Myanmar manakala 672 lagi dari Bangladesh selepas tiba di Langkawi pada Ahad lalu.

Kesemua pendatang yang dipercayai meninggalkan Bangladesh dan Myanmar melalui satu sindiket di negara berkenaan dan berada di Thailand terlebih dahulu sebelum cuba memasuki negara ini melalui perairan Langkawi.

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Depot Tahanan , Zahari Abdul Aziz

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan