SPRM Akan Pertimbang, Pinda Atau Batal Perintah Beku Akaun

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 8:27 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk mempertimbang, meminda atau membatalkan perintah pembekuan akaun individu dan syarikat disyaki terlibat dalam pembalakan haram di Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem pada Jumaat berkata beliau telah meminta suruhanjaya itu berbuat demikian atas alasan syarikat terbabit mempunyai ribuan pekerja yang perlu dibayar gaji.

Beliau berkata sesetengah syarikat dan individu berkenaan hanya mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan kesalahan yang didakwa itu.

"Kerana jika keadaan ini berpanjangan dan ribuan pekerja tidak dibayar gaji dan aktiviti syarikat tergendala, ia akan menjejaskan ekonomi tempatan.

"Mereka telah bersetuju untuk mempertimbangkannya dan jika perlu, jika ada justifikasi, mereka boleh membatalkan atau meminda perintah itu," katanya pada sidang media di sini selepas mendengar taklimat disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung perkembangan 'Ops Gergaji' untuk membanteras pembalakan haram di Sarawak.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata terdapat 519 akaun bank dibekukan ketika ini dan susulan operasi besar-besaran diadakan itu, SPRM memerlukan masa untuk menyiasat.

"Biasanya, dalam keadaan biasa kami hanya mengambil masa satu hingga dua bulan untuk memeriksa akaun, tetapi kami akan cuba menyegerakan siasatan.

"Dan jika syarikat-syarikat benar-benar tidak terlibat dalam pembalakan haram, kami akan pinda atau batal perintah itu secepat mungkin," katanya.

Dalam pada itu, Adenan berkata individu dan syarikat terbabit boleh berjumpa dengan pegawai SPRM untuk perbincangan.

Setakat semalam, Ops Gergaji yang melibatkan 400 anggota dan pegawai empat agensi penguatkuasaan membekukan akaun 519 syarikat dan individu, melibatkan jumlah keseluruhan RM700 juta.

Serbuan serentak di 49 lokasi di Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Bakun dan Miri diadakan dalam operasi itu.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan