Kadir Sheikh Fadzir Lancar Parti Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Bekas menteri penerangan yang juga bekas pemimpin Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, pada Jumaat tampil melancarkan wadah politik baharu iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) di Palace Of The Golden Horses, di sini.

Dalam pelancaran yang turut dihadiri oleh Dewan Tertinggi Ikatan, Abdul Kadir berkata, matlamat penubuhan Ikatan adalah bagi mewakili setiap bangsa di Malaysia mencapai perpaduan secara adil dan saksama.

"Saya tubuhkan pergerakan Ikatan ini adalah bagi pihak 'roh' para pemimpin terdahulu yang mengasaskan negara ini dan mahu perpaduan bangsa diutamakan.

"Kami mahu membentuk semula acuan politik negara ini yang dilihat sudah tersasar dari landasan perjuangan asas," katanya.

Tambahnya, Ikatan bukan sebuah parti yang bersekutu dengan pemerintah atau pembangkang. Sebaliknya berpaksikan amanat pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Lock, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Sambanthan dan pemimpin-pemimpin lain yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

"Ikatan mahu mengaktifkan semula perjalanan ke arah Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia bersatu padu, adil dan saksama.

"Kita bukan pro Barisan Nasional (BN) dan bukan juga pro pembangkang. Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong perkara yang baik untuk negara ini," katanya.

Abdul Kadir berkata, buat masa ini parti tersebut tidak memikirkan untuk bertanding di pilihan raya akan datang.

"Parti Ikatan mahu mengembalikan hala tuju politik negara ini ke pangkal jalan. Penubuhan ini bukan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang tetapi untuk generasi akan datang," ujar beliau.

Beliau menyasarkan keahlian seramai 500,000 hingga sejuta ahli dalam tempoh setahun dan yakin menjadi parti terbesar dalam tempoh lima tahun.

Dalam pada itu, beliau akan memperkenalkan barisan pimpinan parti itu dari seluruh negeri pada 16 September depan.

Tags / Kata Kunci: Parti Ikatan , Kadir Sheikh Fadzir

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan