Najib Lancar Dasar Belia Malaysia Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 10:44 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Khairy Jamaluddin bersama para belia pada majlis Sambutan Hari Belia Negara 2015 dan Pelancaran Dasar Belia Malaysia pada Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat melancarkan Dasar Belia Malaysia yang baharu yang lebih komprehensif untuk pembangunan belia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Dasar Belia Malaysia yang akan dilaksanakan mulai 2018 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 itu juga menetapkan had umur belia dari 15 tahun hingga 30 tahun berbanding 15 tahun hingga 40 tahun sebelum ini.

Najib berkata generasi muda perlu mempunyai potensi diri sehingga ke tahap maksimum bagi memastikan negara terus kekal hebat dan unggul.

"Dasar (baharu) ini antaranya untuk memaksimumkan potensi setiap belia.

Setiap daripada kita berpotensi tetapi hanya 23 peratus pekerja yang mahir. Ini bererti sebahagian besar hanya mempunyai kemahiran yang sederhana.

"Kalau semua belia menjadi pekerja mahir, maka potensi negara akan dapat dilonjakkan," katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara di sini.

Najib menggesa golongan belia agar jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian sederhana serta tidak mencabar diri untuk mencapai potensi bagi mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

"Itu konsep yang saya hendak letakkan dalam minda setiap belia. Lihat kepada usaha, kalau belia membuat sedikit pelaburan untuk meningkatkan potensi sebenarnya, ia dapat direalisasikan. Berusahalah bersungguh-sungguh," katanya.

Mengambil contoh seorang pelajar GiatMara, Najib berkata kemahiran kimpalan hanya membolehkan pelajar itu memperoleh gaji RM2,000 hingga RM3,000 kecuali dia mempunyai kelulusan lebih tinggi.

"Kalau dia mendapat kelulusan lebih tinggi dan jadi mahir sebagai pengimpal bawah laut di dalam sektor minyak dan gas, gajinya mungkin RM10,000," jelas beliau.

Najib berkata belia merupakan aset yang cukup penting bagi negara, untuk  diperkasakan dan diterapkan dengan nilai, akhlak, ilmu kemahiran dan keusahawan serta semangat jati diri bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan negara.

Beliau berkata Rancangan Malaysia ke-11, yang akan dibentangkan Jumaat hadapan, akan mengutamakan pendidikan teknikal dan kemahiran agar belia negara dapat merealisasi dan memperkasa potensi maksimum mereka.

"Saya juga ingin melihat perubahan paradigma, maknanya kalau kita masuk institut pengajian tinggi, kita tidak mahu jadi 'job seeker', tetapi menjadi 'job creator'. 

"Sebab itulah kerajaan mewujudkan Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) untuk memberi latihan keusahawanan dan berjaya menjadi usahawan walaupun secara kecil-kecilan," katanya.

Tanpa menghurai lanjut, Najib memaklumkan kerajaan akan membangunkan tiga 'youth city' tidak lama lagi bagi memberi peluang kepada golongan muda dalam bidang keusahawanan.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan anugerah Perdana Belia Negara di bawah empat kategori iaitu Perdana Pertubuhan Belia, Perdana Belia Negara (Lelaki), Perdana Belia Negara (Wanita) dan Anugerah Emas Remaja Perdana.

Anugerah itu adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Dasar Belia Negara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan