Malaysia Tidak Boleh Dianggap Sedia Terima Pati

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Malaysia tidak boleh berterusan dianggap menjadi tuan rumah yang sedia menerima pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana kehadiran mereka ini menimbulkan pelbagai ancaman keselamatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya amat bertegas dalam perkara ini kerana kehadiran Pati ini bukan sahaja dibimbangi rakyat tempatan dari aspek keselamatan, tetapi juga masalah penyakit berjangkit.

Beliau memberi contoh Malaysia bebas daripada penyakit tibi dan Hepatitis B, C, dan D sejak berpuluh tahun lamanya, tetapi kini ia dikesan semula dalam negara kebelakangan ini, yang menurutnya disebabkan kehadiran Pati.

Wan Junaidi berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ceramah dalam program "INTAN Ministerial Talk" di Dewan Bangunan Sultan Iskandar di sini, ketika dirujuk mengenai kejadian 1,158 pendatang asing Bangladesh dan Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita mendarat dengan beberapa bot di perairan Langkawi pada Ahad lepas.

Katanya semasa Pati berada di kawasan perairan, tanggungjawab menghalang kemasukan mereka ke dalam negara berada dalam bidang kuasa pihak seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Mereka (pihak berkuasa) akan ambil tindakan sewajarnya ikut garis panduan yang ditetapkan. Jika bot (Pati) dalam keadaan baik, pendatang ini mungkin akan diberi makan, atau mungkin sedikit ubat jika perlu, mungkin minyak (bahan api), dan kemudian diminta balik ke negara asal," katanya.

Beliau berkata sekiranya pendatang ini sudah mendarat di kawasan negara tanpa dokumen perjalanan yang sah, mereka dianggap sebagai Pati dan ditahan oleh pihak Imigresen.

Wan Junaidi berkata semua Pati yang mendarat ke Langkawi Ahad lepas sudah dipindahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik di Kedah semalam, dan mereka akan disiasat kerana berada dalam negara tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya pihak berkuasa sedang berhubung dengan kedutaan Bangladesh dan Myanmar untuk proses dokumentasi tahanan ini supaya mereka dapat dihantar balik ke negara asal, di samping bekerjasama dengan wakil dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mengenal pasti siapa daripada kalangan tahanan ini yang boleh diklasifikasi sebagai "pelarian".

"Itu bukan tugas kita (mengenal pasti pelarian), kalau mereka diberi kad UNHCR secara halal (sah) mereka akan diserahkan kepada UNHCR, baki akan dihantar balik ke negara asal," katanya.

Sementra itu merujuk kepada penculikan di Sandakan, Sabah, malam tadi Wan Junaidi berkata, kejadian itu dipercayai didalangi oleh kumpulan Abu Sayyaf berdasarkan kepada modus operandi yang hampir serupa dengan beberapa kejadian penculikan di Sabah sebelum ini.

Beliau berkata pada masa yang sama pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah yang bersekongkol dengan pergerakan Abu Sayyaf, yang mana mereka akan meminta pergerakan militan itu menjadi orang tengah dalam urusan menuntut wang tebusan nanti.

"Kumpulan Abu Sayyaf ini...ini cara dia dapat bayaran pihak tertentu, mereka akan buat ini sebagai usaha mereka dapat dana. Kita lihat modus operandi kejadian malam tadi mirip perbuatan Abu Sayyaf," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi empat lelaki bersenjata menculik seorang wanita serta seorang lelaki dari sebuah restoran makanan laut, di Sandakan, dan melarikan diri dengan menaiki bot laju.

Tags / Kata Kunci: Pendatang Asing Tanpa Izin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan