Bekas Ahli Parlimen Dungun Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 1:22 PM

Matulidi Jusoh.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Bekas Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Taman Alur Jejawi, dekat sini, awal pagi Jumaat.

Allahyarham, 58, yang mengalami komplikasi kencing manis disahkan meninggal dunia, pada kira-kira 6 pagi.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Nazir, 26, bapanya rebah di bilik air ketika mengambil wuduk untuk solat Subuh.


Matulidi yang dilahirkan pada 5 Julai 1957 berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Dungun bermula 2008 hingga 2013.

Turut hadir menziarahi Allahyarham ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, tidak jauh dari kediaman Allahyarham.

Tags / Kata Kunci: bekas Ahli Parlimen , Dungun , Matulidi Jusoh

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan