Muhyiddin Jadikan Dua Kampung Di Baram Sebagai Kampung Angkat

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 10:46 AM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat dari dekat peta pembangunan seleps mendengar taklimat Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu mengenai pembangunan SCORE dalam rangka lawatan kerja ke Miri dan Limbang di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kerajaan Persekutuan akan memberikan sokongan penuh kepada pembangunan Nod Pertumbuhan Baram yang dipilih untuk Stesen Pertanian Tanah Tinggi Bersepadu (IHAS), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sebagai tanda sokongan, beliau akan menjadikan Long Peluan yang mempunyai majoriti penduduk Kelabit dan Long Beruan dengan majoriti penduduk Penan, yang di bawah IHAS, sebagai kampung angkat.

"Mereka akan mendapat perhatian istimewa daripada saya, dan saya berharap untuk menerima laporan kemajuan kedua-dua buah kampung ini setiap suku tahun," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Terdahulu, Muhyiddin menghadiri taklimat mengenai pembangunan IHAS yang meliputi lapan buah kampung, yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.

Muhyiddin berkata tiga aspek pembangunan yang diberi keutamaan terhadap  kedua-dua kampung itu ialah pendapatan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Kerajaan negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini menyatakan dari segi saiz, IHAS di Baram dianggarkan lebih besar daripada Kundasang di Sabah dan Cameron Highlands di Pahang, dengan lokasi ketinggiannya ialah 3,000 kaki di atas paras laut.

Jabatan Pertanian Sarawak akan memulakan pelaksanaan IHAS yang meliputi kawasan 634 hektar, manakala kerja-kerja di kawasan seluas 20 hektar sudah pun bermula.

Selain itu, projek getah berhasil tinggi yang berjumlah 1,178 hektar  telah pun dimulakan di enam buah kampung.

"Untuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menguruskan SCORE, akan membangunkan IHAS dengan Jabatan Pertanian," kata kenyatan itu.

Dana permulaan sebanyak RM6 juta turut diperuntukkan untuk pembinaan jalan akses dan jalan ladang.

Baram merupakan satu daripada lima nod pertumbuhan di bawah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharu Sarawak (SCOERE).

Empat nod pertumbuhan lain ialah Samalaju, Mukah, Tanjung Manis dan Tunoh yang dilaksanakan sejak 2009.

Tags / Kata Kunci: Baram , Kampug Angkat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan