Mat Sabu Pertahan Kit Siang Berkaitan Hudud

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 11:27 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mempertahankan tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang berceramah mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam ceramah perdana di sini, Ahad lepas dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang boleh diterima.

Beliau boleh menerima kandungan ceramah berkaitan hudud yang disampaikan oleh Kit Siang kerana dia bukan orang Islam.

"Bila seseorang yang nak ceramah kita tidak tahu apa yang dia hendak cakap..ia bukan macam seminar atau forum kita nak bagi tajuk.

"Itu (kenyataan Lim Kit Siang) kita serah kepada orang untuk membuat pertimbangan sebab dia bukan orang Islam, kira tidak apa lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Khamis.

Beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut berceramah pada ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Kota Baharu itu, berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang diberikan penasihat DAP itu kerana terdapat lagi pihak yang mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Pandangan Mat Sabu itu bertentangan dengan PAS Kelantan yang menyifatkan tindakan Kit Siang sebagai sesuatu yang bertentangan dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata tindakan Kit Siang yang menyentuh isu hudud pada ceramah berkenaan sebagai tidak wajar.

"Kita memang tahu dia sebelum ini sudah menolak hudud, namun tidak sepatutnya dia bersuara secara terbuka di rumah kita. Dia sepatutnya menghormati Kelantan," katanya.

PAS Kelantan turut meminta PAS kawasan Kota Baharu memberi penjelasan segera berhubung menjemput Kit Siang dan tujuan ceramah itu diadakan.

Akhbar melaporkan dalam ceramah berkenaan, Kit Siang menjadikan dua buah negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Kit Siang dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Tags / Kata Kunci: Hudud , Mat Sabu , Lim Kit Siang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan