GST Tidak Beri Kesan Kepada Usahawan Baharu Francais

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 1:57 PM

Ahmad Bashah Md Hanipah.
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak memberi kesan terhadap permohonan usahawan baru untuk membuka perniagaan francais.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sistem pencukaian itu tidak dikenakan dalam yuran pembukaan kepada usahawan baharu yang berminat.

"Setakat ini sebanyak 770 syarikat francais yang terdiri pelbagai sektor telah berdaftar dan jumlah tersebut permohonan yang kita terima meningkat setiap tahun biarpun kerajaan melaksanakan GST.

"Dari sudut pembayaran yuran bagi membuka perniagaan ini masih seperti dahulu dan GST tidak memberi kesan kepada usahawan yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan ini," ujarnya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa 2015, di Premis Tutty Fruity Taman Tun Dr Ismail, di sini, Khamis.

Tambahnya, jumlah permohonan baharu meningkat setiap kali penganjuran program promosi yang memberi pendedahan mengenai perniagaan tersebut kepada orang ramai.

Katanya, peningkatan permohonan kebanyakan diterima daripada golongan muda dan lepasan universiti yang berminat dengan perniagaan jenis francais.

"Setiap kali kita mengadakan rangka promosi atau jelajah bagi memberi pendedahan permohonan akan meningkat. Banyak golongan muda yang sangat berminat untuk memulakan perniagaan ini,' ujarnya.

Tambah beliau, perlaksanaan GST tidak memberi tekanan kepada usahawan francais baharu kerana ia hanya dikenakan kepada perniagaan francais yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM 500,000.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada sebarang rungutan yang diterima daripada usahawan francais terhadap perlaksanaan tersebut.

Dalam pada itu, KPDNKK dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan menganjurkan program Pameran dan Persidangan Antarabangsa (FIM) 2015 kali ke 22.

Program francais tahunan terbesar di Asia Tenggara itu akan berlangsung pada 22 Mei hingga 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Bagi penganjuran kali ini, kami mensasarkan nilai potensi pelaburan francais berjumlah RM370 juta sepanjang tiga hari pameran itu.

"Selain itu, sejumlah 139 ruang pameran telah diisi oleh 76 syarikat tempatan dan 34 syarikat antarabangsa yang terdiri daripada lapan buah negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Taiwan dan Dubai," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan