Pembalakan Haram: Adenan Mahu Pembekuan Akaun Syarikat Dilakukan Berhat-Hati

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 9:51 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr Adenan Satem mahu tindakan membekukan akaun syarikat yang disiasat kerana dipercayai terlibat di dalam kegiatan pembalakan haram di negeri itu dilakukan secara berhati-hati.

Ini kerana tindakan itu mungkin akan menjejaskan pihak yang tidak bersalah dalam hal tersebut khasnya para pekerja.

"Kita tidak mahu akaun syarikat itu dibekukan sewenang-wenangnya, pembayaran gaji kepada pekerja syarikat yang mungkin tidak bersalah, tidak dapat dilakukan," katanya semasa menyempurnakan Seminar Kepimpinan Akar Umbi di Dewan Suarah Sibu di sini, Khamis.

Seminar itu yang antara lainnya menyentuh mengenai pengendalian kes di Mahkamah Adat Bumiputera Sarawak dan pengurusan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung disertai tiga Temenggong, enam Pemanca, empat Penghulu dan 800 ketua-ketua rumah panjang dan kampung di Bahagian Sibu.

Adenan berkata, usaha memerangi pembalakan secara keseluruhannya berjaya apabila lebih ramai pihak ditahan dan lebih banyak balak haram dirampas.

"Kita tidak main-main dalam hal ini. Bagaimanapun, kita anggap orang yang didakwa melakukan pembalakan haram itu tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah," kata Adenan.

Beliau turut memberi amaran kepada ketua-ketua masyarakat dan kaum di negeri ini agar tidak bersubahat dengan mana-mana pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram.

Menurutnya, ada kalangan mereka 'menutup mata' dan enggan melaporkan kepada pihak berkuasa kegiatan pembalakan haram di kawasan masing-masing selepas menerima sogokan.

"Saya tahu ada di kalangan kamu bekerjasama dengan mereka. Saya boleh sebut nama di sini tetapi takut kamu malu. Biar yang luka itu terasa pedih. Ini adalah amaran," katanya.

Beliau berkata adalah menjadi kewajipan ketua-ketua masyarakat dan kaum untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memerangi kegiatan itu dengan melaporkannya demi masa depan negeri ini.

Katanya, beliau tahu ramai yang tidak mahu melaporkan perkara itu kerana sebelum ini laporan mereka tidak diendahkan oleh pihak yang berwajib.

Situasi sekarang, katanya, sudah berubah di mana laporan mereka diberikan tindakan segera dan beliau gembira kerana ramai orang biasa kini tampil membuat laporan kegiatan pembalakan haram.

Tags / Kata Kunci: Pembalakan Haram , Adenan Satem

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan