Anifah Umum Mengenai Pendatang Asing Lepas Perbincangan

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

LIMBANG: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengumumkan perkembangan mengenai isu kebanjiran pendatang asing warga Bangldesh dan Rohingya di Malaysia selepas Wisma Putra mengadakan perbincangan dengan negara-negara berkaitan termasuk Myanmar, Indonesia dan Thailand.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia adalah isu kritikal buat negara ini, dan Kabinet yang berbincang mengenainya baru-baru ini telah menyerahkan kepada Kementerian Luar untuk menanganinya.

Katanya Kabinet memutuskan sebarang pengumuman mengenai perkara itu perlu dibuat oleh Kementerian Luar selepas ia mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan mengenai langkah wajar yang boleh diambil bagi menangani isu berkenaan.

"....tak perlu saya katakan apa taraf mereka (pendatang berkenaan) setakat ini, sebab ini adalah perkara yang ada hubung kait dengan UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian), dan ada juga tanggungjawab kerajaan Myanmar dalam soal ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perjumpaan dengan Masyarakat di Dewan Utama SMK Limbang di sini, Khamis.

Ahad lepas, seramai 1,158 pendatang asing Bangladesh dan Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita mendarat dengan beberapa bot di perairan Langkawi.

Ia merupakan kemasukan pendatang asing secara beramai-ramai ke negara ini, dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Berikutan itu, para penduduk Langkawi bimbangkan keselamatan di pulau itu.

Beberapa hari lepas, wakil Persatuan Rohingya Malaysia di Kedah Yusuf Ali dilaporkan berkata bahawa beberapa bot yang membawa antara 5,000 hingga 6,000 pendatang Rohingya dan Bangladesh menunggu masa untuk menuju ke Malaysia.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan meneruskan tumpuan kepada usaha meningkatkan lagi mutu pendididikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei ini.

Beliau berkata dalam apa jua keadaan, aspirasi kerajaan hanya dapat direalisasikan sekiranya negara berada dalam keadaan stabil dan ini dapat dijamin menerusi kesinambungan dalam kecemerlangan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Merujuk kepada lawatan tinjauan mesra beliau di Pasar Tamu Limbang pagi ini, Muhyiddin berkata beliau telah meluluskan peruntukan RM1juta untuk menaik taraf pasar besar itu bagi meningkatkan lagi keselesaan dan kemudahan buat penduduk tempatan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abang Abdul Rahman Johari Tun Abang Openg dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Thailand , Myanmar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan