Adun DAP Tegur Program Bantuan Warga Emas

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP hari ini menegur kerajaan DAP Pulau Pinang supaya bersikap lebih matang dan bervisi dalam melaksanakan program bantuan kepada warga emas.

Adun Pulau Tikus, Yap Soo Huey berkata bantuan sebanyak RM100 setahun itu tidak mencukupi dan tidak banyak membantu warga emas di negeri ini.

Beliau berkata pemberian bantuan itu hanya sekadar pengiktirafan kepada warga emas dan program itu harus diganti dengan pembelian insurans perubatan untuk membantu golongan berkenaan.

"Kita harus membantu dengan apa yang diperlukan oleh warga emas dan bukannya sekadar pemberian wang, kerana mereka lebih memerlukan bantuan perubatan dan tempat-tempat komuniti untuk menghabiskan masa lapang mereka," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas sesi penggulungan persidangan DUN oleh Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu), yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri.

Sementara itu, ADUN Berapit Lydia Ong Kok Fooi berkata program bantuan warga emas itu tidak membantu dalam menangani masalah yang dihadapi warga emas khususnya di kawasan beliau.

Beliau berkata kebanyakan warga emas kini lebih memerlukan bantuan perubatan dan mereka menyatakan bahawa bantuan RM100 tidak mencukupi untuk mereka mendapatkan bantuan perubatan.

"Saya tidak menyokong program ini kerana banyak warga emas yang berpendapat pemberian ini tidak membantu mereka," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya mendapatkan kerjasama hospital-hospital swasta di negeri ini untuk memberikan bantuan perubatan kepada warga emas dengan kadar caj lebih murah.

Tags / Kata Kunci: DAP , Yap Soo Huey

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan