Muhyiddin Cadang Ujian Psikometrik Syarat Lantikan Guru Baharu

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 9:54 PM

Muhyiddin disambut tengan tarian Selamat Datang kaum Iban Sarawak ketika hadir pada majlis perasmian dan jamuan makan malam sempena Persidangan Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2015 dalam rangka lawatan kerja ke Miri dan Limbang pada Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MIRI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mencadangkan ujian psikometrik sebagai satu daripada syarat untuk pelantikan guru baharu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, cadangan syarat baharu itu ialah bagi memastikan golongan pendidik yang lebih berkualiti bukan sahaja memiliki keputusan cemerlang dalam pendidikan peringkat ijazah pertama tetapi aspek spiritual yang sihat dan positif.

"Saya ingin menyarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengadakan penilaian sahsiah diri melalui ujian psikometrik kepada semua graduan perguruan sebagai satu tapisan permulaan proses pelantikan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2015 di sini malam Rabu.

Muhyiddin berkata, sebelum ini kemasukan untuk program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diperketatkan dengan calon perlu mendapat keputusan lima cemerlang dalam peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk layak dipanggil menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan tujuh cemerlang untuk mengikuti Program Pelajar Cemerlang (PPC).

Beliau berkata, dengan adanya syarat baharu tersebut calon PISMP dan PPC menamatkan pengajian dengan displin ilmu yang tinggi melibatkan aspek fizikal dan spiritual.

Katanya, mulai tahun lepas sebagai mengiktiraf PISMP cemerlang yang mencapai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.5 ke atas, tiada proses temu duga untuk pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

"Hanya calon-calon yang memperoleh PNGK di bawah 3.5 dan opsyen pengajaran diperlukan Kementerian Pendidikan akan dipanggil temu duga untuk pelantikan tetap PPP," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu tenaga pengajar dari Sarawak ditambah bagi menampung kekurangan di politeknik dan kolej komuniti.

"Saya berharap jumlah pengajar dari Sarawak untuk politeknik dan kolej komuniti di negeri ini ditambah," katanya.

Teks ucapan Adenan dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan