RM50 Sehari Kos Melindungi Mangsa Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 9:50 AM

Sebahagian warga asing yang ditahan ketika masuk secara haram di perairan Langkawi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kos untuk menyediakan perlindungan untuk mangsa pemerdagangan manusia dianggarkan antara RM30 hingga RM50 sehari, menurut Jabatan Pembangunan Wanita.

Penolong Pengarah di jabatan itu, Fatheen Erryanee Rosli berkata, terdapat 125 mangsa wanita yang kini dilindungi pihaknya dengan peruntukan kira-kira RM5,000 sehari.

"Jika mahkamah memutuskan wanita berkenaan diperdagangkan, ia akan mengeluarkan perintah untuk menghantar mangsa ke rumah perlindungan," katanya.

Setakat ini, wanita mencatatkan jumlah mangsa pemerdagangan wanita yang tinggi di mana empat daripata tujuh rumah perlindungai di negara ini dikhususkan kepada mangsa wanita.

Fathleen menjelaskan, kebanyakan mangsa juga trauma dan memerlukakan kaunseling untuk pemulihan yang sekali gus menambahkan kos jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, adalah penting untuk mengenal pasti mangsa kegiatan pemerdagangan manusia.

"Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada mangsa kegiatan ini," katanya.

Pemulihan, katanya melibatkan menyediakan peluang pekerjaan kepada mangsa sehingga mereka boleh berdikari.

Sementara itu, Pengarah Tenaganita, Glorene A Das berkata, peningkatan permintaan untuk tenaga kerja murah menyebabkan majikan menggaji pelarian atau migran.

"Pemilik perniagaan perlu bertanggungjawab apabila membeli manusia sebagai komoditi," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan