PNB Tidak Terlibat Pembelian Bon Sukuk 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang diterbitkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata syarikat pengurusan dana terbesar negara itu dalam satu kenyataan, Rabu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjelaskan tentang laporan dalam talian semalam yang menyatakan 1MDB menerbitkan bon Islam bernilai RM1.5 bilion kepada kedua-dua PNB dan Lembaga Tabung Haji.

Laporan itu memetik Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai berkata PNB membeli bon sukuk daripada 1MDB.

Rafizi mendakwa dalam laporan itu:"Oleh kerana Tabung Haji mengaku telah membeli sukuk bernilai RM920.8 juta daripada 1MDB, ini bermakna PNB telah membeli baki RM579.2 juta". -- Bernama



Tags / Kata Kunci: PNB , 1MDB , bon sukuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan