Pembinaan Balai Gambang Kekal Reka Bentuk , Hiasan Tradisi Istiadat Pertabalan Sultan Azlan

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 10:52 AM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat pada majlis bersama rakyat bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Padang Awam Kampung Gajah pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PASIR SALAK: Pembinaan Balai Gambang, sejenis rakitbesar atau bot berhias, bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXV masih mengekalkan reka bentuk dan hiasan tradisi Melayu Perak seperti yang pernah digunakan semasa pertabalan Sultan Azlah Shah.   

Sultan Nazrin Shah akan menggunakan Balai Gambang itu, yang dinamakan 'Cempaka Sari', untuk menziarah lima makam Sultan Perak di sepanjang Sungai Perak dari Pasir Salak ke Teluk Intan.   

Makam berkenaan ialah Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke-16) di Kampung Pasir Pulai, Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Sultan Perak ke-19) di Kampung Bandar Baru, Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (Sultan ke-17) di Kampung Teluk Memali, Sultan Shahabuddin Riayat Shah (Sultan ke-21) di Tanjung Penangguh dan Sultan Iskandar Dzulkarnain (Sultan ke-15) di Pulau Indera Sakti Pasir Panjang Ulu.

Sultan Nazrin akan turut menggunakan Balai Gambang pada 14 Mei untuk menziarah serta mencelupkan kaki baginda di Beting Beras Basah yang terletak dipesisir sungai di Bagan Datoh berhampiran muara Sungai Perak.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad berkata pihaknya bekerjasama dengan Institut Teknologi Kejuruteraan Marin, Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL MIMET) di Lumut untuk membina Balai Gambang.

"Sejumlah 35 kakitangan JKR serta 13 orang yang terdiri daripada tenaga pakar dan pelajar UniKL terlibat dengan pembinaan tersebut," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata meskipun reka bentuknya sama, saiz Balai Gambang kali inilebih kecil berbanding yang terdahulu kerana Sultan Nazrin Shah tidak akan bersemayam atau beradu di atas Balai Gambang berkenaan.

Balai Gambang kali ini, yang berukuran 12.2 meter panjang dan 6.1 meterlebar dengan berat 4.5 tan serta mampu membawa 10 hingga 15 penumpang pad asatu-satu masa, akan digerakkan oleh tiga buah enjin sangkut yang masing-masingberkuasa kuda 150 sentimeter padu (cc).

Safry Kamal berkata Balai Gambang itu akan dikendali dua jurumudi khas daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri. "Mereka merupakan anak beranak dan si bapa mempunyai pengalaman mengemudikan Balai Gambang ketika istiadat pertabalan Almarhum Sultan Azlan Shah," katanya.

Beliau berkata segala aspek perlu diberi perhatian termasuk kedalamanSungai Perak yang telah pun berubah berbanding 30 tahun lepas.   

"JPS dan Tenaga Nasional Berhad dipertanggungjawabkan untuk mengawal paras mengikut pelepasan air dari Empangan Chenderoh.    Ini bagi memastikan kedalaman air mencukupi supaya Balai Gambang itudapat belayar dengan sempurna," katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Akademik UniKL Zaimi Zainal Mukhtar berkatapihaknya terlibat dalam menentukan reka bentuk, simulasi bagi kestabilan serta pembinaan badan dan dek Balai Gambang berkenaan.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan Balai Gambang dilakukan di Litar DatukSagor di sini, yang bermula sejak Januari lepas.

"Bahan yang digunakan bagi pembinaan Balai Gambang ialah gentian kaca yang lebih ringan dan kuat dan kami juga menggunakan kayu dan besi untuk struktur yang lebih kukuh," katanya.

Balai Gambang dikatakan diperkenal oleh Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak ke-15, semasa baginda berpindah tempat bersemayam dari Pulau Cempaka Sarike Pulau Indera Sakti di daerah Perak Tengah pada tahun 1754.

Bagaimanapun, hanya pada tahun 1770 ia mula diguna sebagai alat kelengkapankhusus untuk istiadat pertabalan iaitu semasa pertabalan Sultan Perak ke-16 Sultan Mahmud Shah atau Marhum Muda.

Sejak mula diperkenal sehingga tahun 1948, Balai Gambang diperbuatd aripada buluh kuning atau buluh gading.

Bagaimanapun, semasa pertabalan Sultan Idris Shah pada tahun 1963, kayu dan besi diguna bagi menggantikan buluh sekali gus menjadikan Balai Gambang sebuah binaan yang lebih teguh dan kemas.  

Tags / Kata Kunci: Balai gambang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan