MB Terengganu Nafi Dakwaan Ahmad Said Mengenai 1MDB - Berita Semasa | mStar

MB Terengganu Nafi Dakwaan Ahmad Said Mengenai 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 9:19 PM

Ahmad Razif Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) yang kini dikenali 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu.

"Tiada perkara seperti itu. Ahli Exco tidak akan bersetuju kerana kami juga mempunyai sebuah pasukan pakar untuk menasihati kami dan perkara itu tidak akan berlaku.

"Malah, TIA tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan 1MDB," kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, Rabu.

Ahmad Razif mengesahkan bahawa kerajaan negeri pada mulanya merancang untuk melabur dengan TIA dan TIA pada awalnya ditubuhkan sebagai pilihan untuk mempelbagaikan pendapatan negeri itu.

"Ia adalah satu keputusan sebulat suara oleh exco untuk membuat pelaburan dan begitulah caranya TIA ditubuhkan dimana kita melabur RM1 juta pada waktu tersebut," tegasnya.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri juga sebulat suara memutuskan untuk menarik diri selepas menyedari waktu untuk melakukannya tidak sesuai.

"Kami menarik diri kerana tidak mahu menanggung sebarang risiko apabila menyedari kerajaan negeri tidak dapat menguruskan TIA walaupun mereka membuat beberapa keuntungan yang baik.

"Jadi tidak ada isu. Kami tidak kehilangan apa-apa. Tidak ada satu sen pun.  Cerita tamat.

"Kami telus dan saya terbuka untuk semua bertindak dengan sewajarnya bagi menangani sebarang salah laku melalui saluran yang betul," katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan bahawa TIA cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Said , 1MDB , TIA
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan