Lebuhraya Persekutuan KM19 Ditutup Secara Berkala Pada Khamis Dan Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 8:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Persekutuan KM19 (berhampiran KTMB Subang) akan ditutup secara berkala pada Khamis (14 Mei) dan Jumaat ini bagi pelaksanaan kerja-kerja merombak talian penghantaran sedia ada Tenaga Nasional (TNB).

TNB dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam kenyataan bersama pada Rabu berkata, laluan trafik itu akan ditutup secara berkala dari 12.01 tengah malam hingga 4.30 pagi bagi membolehkan kerja pemotongan dan penyambungan pengalir dilaksanakan.

Jalan-jalan susur yang terlibat adalah Lebuhraya Persekutuan KM9 - KM19.3 dari Shah Alam/Klang ke Petaling Jaya/Kuala Lumpur, Lebuhraya Persekutuan KM19.3 - KM19 dari Petaling Jaya/Kuala Lumpur ke Shah Alam/Klang.

Susur masuk dari Shah Alam/Klang ke Jalan Subang Airport dan susur dari Jalan Subang Airport ke Shah Alam/Klang.

Pihak polis akan mengawal laluan trafik dan keselamatan pengguna.

"Satu lorong (mulai menara jam dari Kuala Lumpur dan susur keluar dari Subang Jaya) akan ditutup menggunakan kon-kon keselamatan agar pengguna bersedia memperlahankan kenderaan semasa mendekati kawasan naik taraf ini," kata kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Lebuhraya Persekutuan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan