PAS: Kit Siang Tak Patut Cakap Hal Hudud Di Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 2:35 PM

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak sepatutnya bercakap mengenai hudud pada forum umum di sini kerana ia isu sensitif, lebih-lebih lagi semua pihak tahu dia menentang undang-undang berkenaan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, PAS Kelantan tidak terbabit dengan ceramah pada Isnin malam di mana Kit Siang bercakap mengenai hudud, sekali gus menimbulkan kemarahan pemimpin PAS negeri itu.

"Saya terima aduan mengenai kehadiran Lim di sini dan kebanyakannya mempersoalkan mengenai tindakannya bercakap mengenai hudud," katanya kepada The Star selepas melancarkan Seminar Pengurusan Tanah Di Kelantan, Selasa.

Mohd Amar ditanya mengenai entri laman Facebook Nik Abduh Nik Aziz yang menyatakan tiada siapa di Kelantan yang akan menjemput Kit Siang ke Kelantan untuk berceramah jika bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup.

"Tak manis untuk dia bercakap mengenai topik itu," kata Mohd Amar.

Pada Isnin malam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah ketika berucap di Padang Perdana berkata, sama ada dia atau partinya bukannya anti Islam atau menolak hudud, cuma ia tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Beliau menambah, lawatannya ke negara Timur Tengah baru-baru ini seperti Jordan dan Mesir mendapati hudud bukan aspek utama dalam mempertahankan kebajikan rakyat.

Tags / Kata Kunci: DAP , Lim Kit Siang , hudud , Kelantan , Mohd Amar Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan