Jenama Harumanis Jadi Hak Eksklusif Perlis

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Ikon Perlis, mempelam 'Harumanis' secara rasmi disahkan sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran jenama itu diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Keselamatan Sempadan Negeri, Ahmad Bakri Ali kelulusan itu bermakna pihak lain tidak boleh menggunakan jenama tersebut untuk produk mereka.

Sehubungan itu usaha akan dilipatgandakan bagi meningkatkan pengeluaran harumanis bagi memenuhi permintaan yang bertambah, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pemulihan mangga di Kampung Udoh Bilal, dekat sini, Selasa.

Projek itu dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pertanian (Mardi) yang diberi geran RM600,000 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membantu penanam harumanis di Perlis.

Ahmad Bakri berharap Mardi juga menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan kualiti harumanis selain kajian 'tut' atau cantuman benih harumanis dengan mempelam jenis lain yang mempercepatkan ia berbuah.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan kawasan seluas 1,000 hektar ditanam dengan harumanis menjelang akhir tahun ini berikutan jumlah terkini telah mencecah 987 hektar tetapi hanya 635 hektar yang mengeluarkan hasil.

Mengenai aduan harumanis dijual RM60 satu kilogram di Permatang Pauh semasa pilihan raya kecil Parlimen baru-baru ini, beliau berkata peniaga tidak boleh dihalang selagi orang ramai sanggup membeli walaupun pada harga tinggi.

"Jawatankuasa pemantau ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah bagi membanteras penipuan penjualan buah yang bukan harumanis tetapi didakwa sebagai harumanis," katanya.

Ahmad Bakri menasihatkan selain membeli terus dari ladang, orang ramai boleh membeli buah itu di gerai-gerai kendalian Fama kerana buahnya dilabel dan dijamin oleh agensi itu.

Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Sharif Haron pula berkata agensi itu memberi komitmen tinggi untuk menghasilkan harumanis terbaik selain mendidik petani mengamalkan amalan pertanian baik (GAP).

Katanya, Mardi menggunakan mempelam telur dan Sala yang berbuah sepanjang tahun dalam penyelidikannya tetapi harumanis hanya berbuah sekali setahun.

"Kami membuat penyelidikan termasuk tut harumanis dengan kedua-dua jenis itu dan bagaimana karektor ini boleh berlaku pada harumanis tanpa menjejaskan rasa dan kualiti harumanis," tambahnya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Harumanis , Perlis , Mardi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan